Simpanan Emas di Quantum Metal - BLOG ROZIAH @ CIE

Tuesday 19 December 2023

Simpanan Emas di Quantum Metal

simpanan emas di quantum metal


Sedar tak sedar dah hampir 7 bulan Cie mendaftar Simpanan Emas di Quantum Metal. Cie mendaftar secara percuma saja pada 24 Mei 2023. Sebenarnya lama dah Cie dengar pasal Quantum Metal ni cuma belum rasa nak mendaftar. Sebelum tu Cie dah mendaftar simpanan emas lain.

Pada mulanya sideline bisnes Shaklee Cie ada whatsapp Cie memperkenalkan dirinya sebagai Consultant Quantum Metal. Senang tak perlu susah-susah Cie nak cari consultant yang boleh dipercayai. Referral Cie ni memang Cie kenal sebab kami dalam group yang sama dalam bisnes Shaklee.

simpanan emas di quantum metal
21 Mei 2023 Eija whatsapp Cie

Daftar Akaun Quantum Metal Percuma


So tak fikir panjang dah masa tu Cie terus daftar je. Daftar pun percuma je ye takde bayaran apa-apa. Tak macam buka akaun bank kita kena buka dengan bayaran sekian-sekian kan. Sekarang lagi rumit urusan nak buka akaun bank. Tapi akaun simpanan emas di Quantum Metal senang sangat nak daftar. Semua isi online saja segala maklumat yang diperlukan.


Cie mula mendaftar pada 24 Mei 2023 dan terus mula menyimpan emas di Quantum Metal. Masa Cie study info tentang Quantum Metal tu baru Cie tau Quantum Metal ni ada 3 fasiliti simpanan emas yang kita boleh gunakan. Menarik betul. Tak sama langsung dengan simpanan emas lain. Di Quantum Metal simpanan emas serendah RM10 pun boleh.

Simpanan Emas di Quantum Metal
Tarikh Cie mendaftar simpanan emas di Quantum Metal


Simpanan Emas di Quantum Metal
ni la simpanan yang mula-mula Cie buat lepas mendaftar

Selepas tu Cie mula seronok menyimpan emas kat Quantum Metal ni. Terus la Cie konsisten menyimpan emas setiap bulan selepas mula faham dengan fasiliti simpanan emas di Quantum Metal. Next entry nanti Cie terangkan tentang ke semua fasiliti yang Quantum Metal ada. Benda baik elok kita share kan.

Simpanan Emas di Quantum Metal

Di Quantum Metal ada 3 fasiliti simpanan emas:-

  1. GSA
  2. GCA
  3. GAE
GSA untuk simpanan emas. Kita boleh simpan serendah RM10 dan tak kisah kita nak simpan hari-hari, setiap minggu, setiap bulan. Terpulang atas kita. GSA ni pun boleh keluarkan emas fizikal. Kalau simpan untuk tempoh masa bertahun-tahun pun boleh je. Contohnya kita nak simpan selama 5 tahun untuk target clear hutang pun boleh je.

GCA pulak untuk simpanan emas dan wang tunai di tangan. 85% dari simpanan kita tadi akan masuk semula akaun dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja. Kita sandarkan duit kepada emas sebelum belanja hangus. Selamatkan wang simpanan kita. Fasiliti GCA ni memang sangat best. Selalunya bila gaji terus habis belanja. Sekarang sejak kenal Quantum Metal, sebelum belanja Cie buat GCA dulu dan duit 85% masuk akaun tu baru Cie guna untuk belanja. Emas dapat dan duit cash pun dapat.

GAE pulak ada 2 jenis iaitu GAEX10 dan GAEX5. Kita gandakan simpanan emas kita kepada 10x ganda da 5x ganda. GAE ni kita beli waktu emas rendah dan terminate waktu emas naik. Biasanya dalam group mereka akan bagi signal bila boleh beli, bila boleh terminate. Kita pun diajar cara nak tengok keuntungan simpanan kita.

Cie dah gunakan kesemua fasiliti yang Quantum Metal sediakan. Memang semuanya sangat best. 

Simpanan Emas di Quantum Metal
ni simpanan GCA. 85% akan masuk akaun semula


Simpanan Emas di Quantum Metal
ni antara GCA yang Cie buat sejak daftar hari tu


Simpanan Emas di Quantum Metal
transaksi dalam bank duit keluar dan masuk untuk simpan emas


Simpanan Emas di Quantum Metal
ni GSA yang Cie buat RM50



Simpanan Emas di Quantum Metal
pertama kali buat GSA saja nak try betul la RM10 pun boleh mula menyimpan emas


 

simpanan emas di quantum metal
GaeX10 Cie buat 2 unit. Tengah tunggu emas naik untuk collect profit


Banyak manfaat simpanan emas ni sebenarnya. Harga emas semakin naik. Harga 5 tahun dulu tak sama dengan harga sekarang dan harga 5 tahun akan datang pasti akan naik lagi. Kalau perasan dulu-dulu beli emas harga RM100 lebih je. Sekarang dah cecah RM300 lebih dah. Tak mustahil 5 tahun akan datang terus melonjak naik harga RM500 lebih pulak.

Simpanan Emas di Quantum Metal
bulan 11 Cie snap harga emas ni di Buletin Utama TV3



Simpanan Emas di Quantum Metal
harga emas tahun 2023 dah cecah rm300 lebih



Simpanan Emas di Quantum Metal
harga emas sekitar tahun 2018, 5 tahun lepas hanya rm100 lebih je



Sebab tu kena mula menyimpan emas dari sekarang. Katakan 5 tahun akan datang kita dah ada 1 kilo simpanan emas masa tu harga emas RM500 segram so kita boleh dapat sekitar RM500,000 dalam masa 5 tahun saja. Kalau simpan duit RM100,000 setahun kita kena simpan. Lebih kurang RM8333 sebulan perlu simpan. Gaji pun tak cecah 8k sebulan kan. Begitulah lebih kurang anggaran.

Belum terlambat untuk kita mulakan simpanan emas sekarang. Cie pun baru mula tahun 2023 walaupun dah agak lambat tapi tak salah untuk bermula sekarang. Target Cie 5 tahun akan datang Cie dah boleh clear segala hutang piutang. 5 tahun lagi tahun 2028 masa tu umur Cie dah 44 tahun InsyaAllah boleh bebas hutang dengan simpanan emas. Semoga Allah izikan perancangan Cie ni.

Kalau berminat nak tau lebih lanjut tentang Simpanan Emas di Quantum Metal boleh hubungi Cie ye. Boleh je kalau nak tau Cie akan terangkan tentang Simpanan Emas di Quantum Metal







1 comment: