Akaun Emas Junior - BLOG ROZIAH @ CIE

Friday 5 January 2024

Akaun Emas Junior

 Buka Akaun Emas Junior Untuk Anak-Anak

Akaun Emas Junior

Cie baru je buka akaun emas junior untuk anak-anak bersama Quantum Metal. Sebelum ni Cie pernah buka akaun emas junior lain untuk anak-anak tapi macam leceh sebab kena pantau akaun yang berbeza. So Cie stop akaun yang tu dan buka akaun junior Quantum Metal.

Yang best bila buka akaun emas junior Quantum Metal ni akaun anak-anak kita yang handle dan berada dalam akaun kita. So tersangat la mudah bila kita nak menyimpan emas untuk anak-anak. Log in akaun kita je dan kita boleh terus buat transaksi simpanan emas untuk kesemua akaun anak yang kita jaga.

Cara Daftar Akaun Emas Junior Quantum Metal

Mudah saja nak daftar akaun emas junior. Pastikan kita sendiri buka akaun kita dulu. Boleh buka akaun emas korang melalui Cie juga ye. Nanti Cie guide. Daftar Akaun Emas Quantum Metal. Nanti emelkan saja ke Quantum Metal bagitau nak daftar akaun emas junior nanti admin Quantum Metal akan bagi borang untuk diisi. Kena lampirkan juga sijil kelahiran anak untuk bukti hubungan. Pastikan kita buat siap-siap akaun emel anak untuk daftar akaun junior. Kalau nak buka untuk anak berlainan so kena buat emel berbeza bagi setiap anak.


Macam Cie ada 2 orang anak so ada 2 akaun junior yang Cie pegang. 2 emel juga Cie kena buat. Cuma kedua-dua akaun tu masuk dalam akaun kita. Cuma emel masa nak daftar akaun je perlu berbeza. Senang je buat emel gmail tu.

Cara Tukar Akaun Junior Kepada Akaun Individu

Akaun emas anak yang berusia 18 tahun ke bawah sahaja kita akan handle. Selepas 18 tahun anak-anak dah boleh pegang akaun sendiri. Perlu emelkan saja kepada Quantum Metal untuk tukar akaun junior kepada akaun individu. Lampirkan sekali Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan

Anak-anak Cie lambat lagi capai umur 18 tahun so InsyaAllah boleh mula menyimpan sekarang. By the time anak-anak dah capai 18 tahun nanti akaun emas anak-anak dah banyak simpanan emas. Boleh guna untuk anak-anak nak sambung belajar. Ni jela target Cie buka akaun emas junior Quantum Metal untuk anak-anak.

Selain dari akaun emas ni Cie menyimpan duit anak-anak kat Tabung Haji dan buka juga akaun SSPN. Tabung haji sejak anak-anak lahir terus buka akaun. SSPN baru je lagi 3-4 tahun kalau tak silap Cie. Ada 3 simpanan la untuk anak-anak. Semuanya untuk simpanan belajar anak-anak nanti.

Bila Cie celik tentang simpanan emas terus la mula nak menyimpan emas untuk anak-anak pulak. Cie buka akaun anak sejak tahun lepas. Kiranya masa kakak 11 tahun dan adik 9 tahun. So lebih kurang 7 hingga 9 tahun lagi tempoh masa nak menyimpan emas anak-anak.

Cie buat kiraan contoh untuk kakak. Sekarang umur dia dah 12 tahun 2024 ni. Kiranya selama 6 tahun Cie akan buat simpanan emas untuk kakak. Katakan sebulan target simpan 1 gram emas. Setahun ada 12 gram. Kalau 6 tahun bermakna ada 72 gram. 6 tahun lagi harga emas dijangka boleh capai RM500. Waktu tu boleh dapat RM36,000. Memang tersangat cukup la untuk kegunaan belajar kakak. Tak perlu buat pinjaman PTPTN dah.

Harga emas semakin naik sebab tu ramai orang dah mula membuat simpanan emas untuk masa depan. Kat Quantum Metal pulak ada 3 jenis simpanan emas yang kita boleh gunakan semuanya. Memang menguntungkan.

Cie pun dah terlambat mula menyimpan emas. Better late than never kan so apa salahnya untuk bermula sekarang. Target 5 tahun lagi nak langsaikan semua hutang dengan simpanan emas. Katakan letak target sebulan simpan emas 10 gram. 5 tahun bersamaan dengan 60 bulan. 10 gram sebulan simpan emas selama 5 tahun boleh dapat 600 gram emas. Kalau harga emas 5 tahun akan datang cecah RM500 untung-untung boleh dapat RM300,000 ye. 

Jom mula menyimpan emas sekarang. Belum terlambat untuk kita mulakan simpanan emas demi masa depan.

10 comments:

  1. Alhamdulillah, menabung untuk masa depan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul senang nanti anak2 dah besar tabung pendidikan.

      Delete
  2. Bagus sis ada kesedaran utk menyimpan emas ni.

    ReplyDelete
  3. Untuk kesenangan anak2 juga kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye senang bila dah besar ada tabung pendidikan.

      Delete
  4. Bagus...menabung untuk masa depan...kena usaha dari sekarang kan..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, moga dapat membantu time kita dlm kesusahan nti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye tabung masa depan. akan datang taktau apa jadi kat kita.

      Delete