Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus telah dibuka pada 1 Ogos 2024 sehingga 8 September 2024. Permohonan boleh dibuat atas talian Borang Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu. Cie baru je buat Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Khusus untuk kakak Raisha. Cie pilih Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Untuk permohonan ni ada 2 je iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Setiap jenis sekolah ni dipecahkan kepada beberapa jenis lagi pulak. Banyak juga rupanya. Untuk sekarang dah takde UPSR tu yang kena mohon dan kena lalui ujian penilaian.
SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ada terbahagi kepada 3:
- Sekolah Berasrama Penuh Perdana / Akademik
- Sekolah Berasrama Penuh Agama
- Sekolah Berasrama Penuh Pakej Tahfiz Model Ulul Albab
Disamping tu SBP ni ada juga mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Antarabangsa. Bagus la juga untuk bagi pendedahan kepada anak-anak tentang Bahasa Antarabangsa. Mudah la kalau mereka nak sambung belajar ke luar negara.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) pula terbahagi kepada 2:
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Aliran Agama
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tahfiz Model Ulul Albab
Di SMKA juga ada mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Antarabangsa untuk dipilih oleh anak-anak. Memang bagus la walaupun aliran agama anak-anak didedahkan juga kepada Bahasa Antarabangsa so mudah la untuk anak-anak nak sambung belajar ke luar negara.
Cie dah klik Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Khusus tadi. Cie mohon ni saja nak bagi kakak Raisha cuba untuk jawab ujian penilaian nanti. Kalau berjaya dapat tawaran masuk kita bagi dia buat keputusan sendiri. Kalau ikutkan ibu nak kakak Raisha masuk asrama dan belajar berdikari.
Bila duduk rumah tak belajar sangat. Kita pun tak pandai nak ajar ikut silibus sekarang ni susah betul. Sekolah rendah pun dah berat silibus. Tapi tu la bila kakak Raisha masuk asrama nanti adik Rania pulak tinggal sorang takde kawan. Serba salah dibuatnya. Apa-apa pun ibu serahkan kepada kakak. Sebab kalau paksa pun nanti mula la buat hal nak duduk rumah la apa la kan.
Nama pun Sekolah Berasrama Penuh kan mesti la kena duduk asrama. Sekolah pilihan ibu tadi takde dalam daerah Lipis. Semuanya luar daerah. Pilih yang dekat-dekat je. Jauh-jauh nanti susah pulak nak pergi. Berangan je dulu ni mana tau kan ada rezeki dapat dan kakak berminat nak masuk asrama.
Nanti bulan September 2024 dibuka pula Permohonan Kemasukan Ke MRSM. Tu pun nanti nak try juga mohon.
Good luck kakak...
ReplyDeleteLinda tak isi pun untuk Mu'az... Tak harap pun kat dia... Hihihi...
Tapi, igt nak hanta masuk sek asrama harian jugak... Tengok lah nanti mcm mana
Try je isi. Cie ni pun sesaja je isi. Tak harap jugak nak duduk asrama tu 😅
DeleteSemoga ada rezeki buat Kakak Raisha. Isi dulu Cie kot nak edit selagi belum tutup tarikh permohonan masih dibenarkan. Nanti Kakak Raisha buat yang terbaik masa PKSK.
ReplyDeleteAah isi je. Nanti atas dia la nak pergi ke tak tu. tak boleh nak paksa juga takut jadi dia tak seronok nak belajar.
Delete