Kali ini Cie nak kongsikan resipi Ayam Goreng Berlado Tempoyak. Menu yang menggabungkan rasa pedas cili, masam tempoyak dan belimbing buluh serta aroma daun kesum dan bunga kantan.
Kalau suka masakan kampung yang mempunyai rasa pedas dan masam, bolehlah cuba resipi ini. Ayam digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak bersama sambal berlado tempoyak. Hasilnya, ayam bersalut dengan sambal yang pekat dan cukup menyelerakan.
Bahan-bahan Ayam Goreng Berlado Tempoyak
Bahan untuk menggoreng ayam:
6–7 ketul ayam
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu garam
Minyak masak secukupnya
Bahan untuk menumis:
2–3 biji cili padi merah dan hijau
7–8 biji cili besar merah dan hijau
½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 kuntum bunga kantan
Segenggam daun kesum
4 sudu besar tempoyak
2–3 biji belimbing buluh
Minyak masak secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Garam secukupnya
Air secukupnya
Cara Membuat Ayam Goreng Berlado Tempoyak
1. Perap ayam
Bersihkan ayam dan gaulkan bersama serbuk kunyit serta garam sehingga rata.
2. Goreng ayam
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Kisar bahan sambal
Masukkan cili padi merah dan hijau, cili besar merah dan hijau, bawang besar serta bawang putih ke dalam pengisar. Kisar kering sehingga lumat.
4. Sediakan bahan tambahan
Potong belimbing buluh mengikut saiz yang disukai. Hiris bunga kantan dan sediakan daun kesum.
5. Tumis bahan kisar
Gunakan minyak yang sama untuk menggoreng ayam tadi, tetapi kurangkan kuantitinya.
Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Tambahkan sedikit air supaya cili betul-betul masak. Teruskan menumis sehingga sambal agak kering.
6. Masukkan tempoyak dan bahan lain
Masukkan tempoyak, belimbing buluh, daun kesum dan bunga kantan. Tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya.
Kacau sehingga semua bahan sebati. Masukkan sedikit air supaya sambal kekal lembap dan tidak terlalu kering.
7. Masukkan ayam
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam sambal. Gaul sehingga semua bahagian ayam bersalut dengan sambal berlado tempoyak.
8. Siap untuk dihidangkan
Kacau sehingga sebati dan tutup api. Ayam Goreng Berlado Tempoyak siap untuk dinikmati!
Gabungan cili, tempoyak, belimbing buluh, daun kesum dan bunga kantan memang menghasilkan rasa yang tersendiri. Ada rasa pedas, masam dan aroma herba yang cukup menyelerakan.
Paling sedap kalau dimakan bersama nasi putih panas. Tak perlu lauk yang banyak pun, ayam goreng berlado tempoyak ini sudah cukup membuka selera.
Kalau ada yang suka masakan berasaskan tempoyak, bolehlah cuba resipi ini pula.
Selamat mencuba!



14 Ulasan
saya suka masakan berlado, cuma minue tempoyak sbb tak mkn tempoyak
BalasPadamFirst time jumpa resipi ayam balado tempoyak. Tapi mcm best la pulak sbb mmg minat daun kesum, bunga kantan semua tu.
BalasPadamThx for sharing =)
BalasPadamBest nampaknya, boleh cuba nanti
BalasPadamSedapnya!
BalasPadamLinda tak makan tempoyak..
BalasPadamrare menu ni..tempoyak tk mkn tp kalo dh masuk dlm masakan jd gulai tempoyak mcm menu ikan patin tu bole je mkn
BalasPadamAlamak sedapnya, jadi ingin pulak mencoba makanan tu...pas lagi belum makan baca pulak halaman makanan
BalasPadamsedapnya
BalasPadamResepi lain dari lain ni
BalasPadamBlh dicuba jga kan
Berlado + tempoyak
OOoo rasanya first time KSarie jumpa resepi ayam berlado tempoyak ni. Harap boleh jumpa di kedai nanti untuk dicuba. Namanya untuk KSarie memasak mana maunya😅
BalasPadamthank you share resipi! menarik gak makanan ni
BalasPadamTerima kasih Cie atas perkongsian... kat rumah tempoyak ada tapi bunga kantan, belimbing buluh dan daum kesum takde pulak.
BalasPadamSatu menu ni pun dah cukup kenyang makan dengan nasi putih
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.