TIPS PEMAKANAN: Persediaan Hamil - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 4 February 2013

TIPS PEMAKANAN: Persediaan Hamil

Amalan pemakanan sebelum hamil sangat penting untuk dititikberatkan. Tidak kira sama ada suami atau isteri. Pemakanan yang sihat bakal membantu menjalani kehamilan yang sihat. Kesuburan ada berhubungkait dengan amalan pemakanan sihat.

Suami & isteri perlu memperbaiki diet dengan merancang pemakanan. Makanan berlemak perlu dielakkan tetapi perbanyakkan makanan berserat. Amalkan memakan beberapa hidangan buah-buahan,sayur-sayuran,bijirin & makanan yg kaya dengan kalsium setiap hari. Kita akan sukar meramal hari subur jika kekurangan sumber nutrien dalam tubuh. Sesetengah vitamin & mineral seperti vitamin C & E,zink & asid folik penting untuk membentuk sperma yg sihat & berkualiti.

Adalah digalakkan untuk mengambil vitamin tambahan supaya mendapat cukup asid folik & nutrien lain yg boleh tingkatkan peluang kehamilan.

Asid folik juga memainkan peranan penting untuk meningkatkan peluang hamil. Disarankan mengambil sekurang2nya 4mg asid folik sehari selama sebulan sebelum merancang kehamilan. Asid folik merupakan vitamin larut air. Tubuh kita akan membuang asid folik yg diambil secara berlebihan.

Tinggalkan tabiat meminum alkohol,pengambilan dadah & ubat2an kecuali atas nasihat doktor. Pengambilan minuman berkafien juga perlu dikurangkan. Merokok atau golongan perokok perlu dijauhi kerana akan memberi kesan jangka panjang terhadap kandungan.

Antara jenis makanan yg dipercayai mampu menggalakkan kesuburan ialah tauge,kacang dal & kacang botol. Terdapat beberapa jenis ikan yg mempunyai kandungan merkuri yg tinggi. Merkuri boleh berkumpul didalam tubuh & boleh memudaratkan bayi yg bakal dikandungi. Ikan yg mengandungi kadar merkuri yg tinggi seperti ikan makerel. Ikan rendah kalori seperti salmon & tuna adalah digalakkan utk dimakan. Daging yg diproses,sushi mentah,produk tenusu yg tidak dipasteur harus dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bakteria merbahaya seperti listeria yg boleh mengakibatkan listeriosis. Jangkitan ini boleh mengakibatkan keguguran & kelahiran pra matang. Makanan juga perlu dipanaskan dengan betul bagi mengelakkan listeriosis.

Diet suami perlu mengandungi zink. Fungsi zink ialah utk penghasilan sperma yg sihat. Zink dpt membantu meningkatkan paras testoteron & jumlah semen lelaki. Sebanyak 11mg diperlukan sehari. Cth makanan yg mengandungi zink ialah stoberi,kekacang,makanan laut,daging merah & tiram. Terdapat juga vitamin2 yg mengandungi zink seperti asid amino,vitamin A,vitamin B6,vitamin B12,vitamin C,vitamin E & folate. Suplemen zink juga adalah digalakkan utk diambil tetapi perlu dielakkan memakan serentak bersama kalsium/susu. Kalsium boleh mengurangkan penyerapan zink ke dlm tubuh.

Suami isteri juga perlu mendapatkan berat badan ideal. Ia perlu dilakukan supaya kandungan tidak bermasalah nanti. Bagi wanita yg terlalu gemuk bakal menghadapi kompilasi kehamilan manakala wanita yg terlalu kurus berkemungkinan akan melahirkan  bayi yg tidak cukup berat badan atau kelahiran pra matang. Jika pengurangan berat badan secara drastik boleh mengakibatkan ovulasi tidak berlaku.







*sumber dari majalah PA&MA edisi Januari 2013

No comments:

Post a Comment