Nutrisi Ibu Menyusu - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 23 March 2013

Nutrisi Ibu Menyusu

Nutrisi yg dicadangkan untuk ibu menyusu

MULTIVITAMIN
Multivitamin menyediakan vitamin & mineral penting utk para ibu yg mana ianya tidak boleh diperolehi drpd diet harian. Kadar vitamin yg mencukupi membantu penghasilan susu yg banyak & berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu & bayi secara menyeluruh.

PROTEIN
Bayi memerlukan protein yg banyak utk tumbesaran yg berkekalan & sempurna. Sumber protein yg baik seperti protein soya didalam diet penyusuan amat penting utk pengeluaran susu. Protin membantu dlm membina & mengekalkan sel2 yg menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan utk mengambil sekurang2nya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

VITAMIN C
Dalam 1 kajian terhadap para ibu yg menyusui bayi & mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pd bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dpt melindungi  bayi daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bg menguatkan sistem imun & membina kulit, gigi & gusi yg sihat.

VITAMIN B KOMPLEKS
Merupakan vitamin yg diperlukan oleh ibu & bayi setiap hari bg menyokong sistem saraf & metabolisma yg sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukkan sel2 darah merah, penghasilan tenaga utk sel & mengekalkan saraf serta kulit yg sihat. Ibu yg menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks utk memberikan khasiatnya kpd bayi melalui susu ibu.

ASID LEMAK OMEGA 3
Pengambilan & tambahan Asid Lemak Omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dpt menggalakkan perkembangan otak & mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak didalam otak. Tidak ramai kanak2 yg diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif & masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.

KALSIUM
40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan utk membina tulang yg sihat & pertumbuhan gigi bayi. Wanita yg menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

ALFALFA
Mengandungi banyak nutrien penting & pelbagai vitamin seperti vitamin, K, A, B1, B6, C, E, kalsijm, zink & zat besi. Semua bahan2 tersebut penting utk pertumbuhan & perkembangan yg sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional utk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

7 nutrien sahaja yg disarankan utk ibu2 tapi tak perlu ambil semua...memadai kite pilih nutrien mane yg kite kekurangan...yg penting niat kita utk menyusukan anak kita sehingga 2 tahun..

No comments:

Post a Comment