Morning Sickness - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 15 April 2013

Morning Sickness

Morning Sickness
Penyebab morning sickness
1. Hormon Progesteron
Peningkatan hormon progesteron mempengaruhi sistem penghadaman anda. Hormon ini menggugat kesemua fungsi metabolisme termasuklah sistem penghadaman. Akibatnya, proses penghadaman makanan memerlukan tempoh yg lebih lama sehingga memicu rasa mual.
2. Hormom hCG
Hormon kehamilan iaitu hCG sering dianggap sebagai salah satu penyebab morning sickness. Pelepasan hormon ini ke dalam aliran darah boleh menyebabkan rasa loya.
3. Makanan
Makan makanan berminyak & pedas boleh menyebabkan morning sickness. Fungsi sistem penghadaman yg telah menurun akibat gangguan hormon akan bertambag buruk apabila anda terlalu banyak mengambil makanan berminyak & pedas.
4. Peningkatan sensitiviti terhadap bau & rasa
Sensitiviti bau & rasa adalah penyebab lain terjadinya morning sickness. Bay yg dahulunya biasa, boleh mencetuskan rasa mual & muntah dikalangan wanita hamil.
#sumber: majalah PA&MA

No comments:

Post a Comment