Tuesday, 3 September 2013

INFO SIHAT - MENGAPA ANDA SELALU LETIH?

Tidur, cukup. Makan pun cukup. Tetapi mengapa masih rasa letih? "Satu daripada lima wanita kurang zat besi dalam darah & simptom yang paling kerap berlaku adalah rasa letih yang tidak diketahui puncanya," kata Paul Vaucher.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam Canadian Medical Association Journal mendedahkan wanita yang mengambil 80mg suplemen zat besi kurang mengalami rasa letih sehingga separuh.

Doktor boleh melakukan ujian untuk mengetahui paras zat besi dalam darah & menyatakan adakah anda perlu mengambil suplemen. Makanan seperti lentil & daging merah tanpa lemak adalah sumber zat besi yg baik.

No comments:

Post a Comment