Penyakit Gout - BLOG ROZIAH @ CIE

Monday 10 March 2014

Penyakit Gout

Petang nih rasa terpanggil nak share tentang penyakit gout..sebelum nih memang tau sikit je pasal gout nih tapi tak tau detail..so arini rasa nak menggoogle la apekah kebenda nye penyakit gout tuh kan memandangkan encek hubby i tuh dah ada tanda2 nak mendapat gout..so semalam dah bagi dia Alfalfa & Omega..






Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.
Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.
Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia (sila lihat di bawah) boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.

RAWATAN TRADISIONAL YG DISYORKAN
1.)Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang. 
2.)Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali (Biji buah durian juga boleh digunakan sebagai ganti anak pokok durian dan akarnya bagi menyelamatkan pokok-pokok durian sedunia). Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout. 
3.)Ambil beberapa helai daun pandan dan rebuskanya.Minum air rebusan tersebut.Amalkan 2 kali seminggu.

CADANGAN MELEGAKAN SAKIT
Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.
Bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah[perlu rujukan] penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur lintah itu sendiri.

SUMBER: WIKIPEDIA

PEMAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

Sumber Daging/Protein
  • Organ dalaman (hati, otak, buah pinggang dan jantung)
  • Ikan bilis
  • Ikan sardin
  • Pati daging (meat extract)

Sayur/Vitamin

  • Bayam
  • Bunga kubis
  • Cendawan
  • Asparagus
  • Kekacang -peas dll
  • Baked bean (kacang panggang)

Bijirin/Gandum

  • Bijian lengkap
  • Roti wholemeal
  • Wheat crumb
  • Tepung atta (capati)
  • Oatmeal

Minuman
  • Teh
  • Kopi
  • Coklat
  • Koko
  • Minuman keras

CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE

1) VITAMIN C - untuk mengurangkan uric acid di dalam badan, sekurang-kurangnya perlu ambil 3 biji sehari, iaitu 1500mg.





2) ALFALFA - Punca vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Ini dapat mengurangkan pembentukan baru uric acid.






3) OMEGA GUARD - Mengurangkan dan mengelakkan inflammatory (bengkak) pada anggota yang terkena serangan GOUT.



4) PERFORMANCE DRINK - memastikan tubuh pesakit mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.


 Oh baru ku tau alkesah gout nih..for those yg dah ada tanda2 tuh better prevent sebelum semakin teruk..kalau dah teruk susah dah nak baik..i risau sangat bab2 penyakit nih..memang la semua dah ditakdirkan tapi kita boleh cuba untuk elakkan..PREVENT IS BETTER THAN CURE...

No comments:

Post a Comment