Friday, 25 April 2014

Ayam Perap

As salam
Selamat sejahtera

Hari ni nak share resepi ayam perap. Tak tau nak letak nama apa. Sebab ayam ni diperap maka termaktub la nama ayam perap. Last week punya menu. Tak tau nak masak apa.

Simple & senang je nak buat. Sesuai untuk mommies yg bekerja. Lunch time kan sekejap je so boleh la perap siap2 sebelum g keje pagi tuh. Balik tengahari tinggal nak goreng je. Jimat masa.

Bahan2:
Ayam
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serbuk kunyit
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Minyak masak

Cara Membuat: 
1. Bawang besar, bawang putih, halia ditumbuk.

2. Masukkan sos2 & kicap ke dalam mangkuk.Satukan dengan bahan tumbuk. Kacau rata. Masukkan serbuk kunyit. Sikit je tak payah banyak2.

3. Gaulkan sos tadi bersama ayam. Perapkan seketika dalam 1/2 jam supaya bahan perapan meresap & sebati.

4. Gorengkan ayam yg diperap tadi sehingga masak.
.
.
.
.
.
.

Ini lah hasilnya. Nampak je hitam legam camtu tapi rasanya fuhhhh sedappppp. Jemput la mencuba
^_^

No comments:

Post a Comment