2

As salam
Salam sejahtera

Weekend is cooking time. Weekend jela mampu nak buat kek bagai. Kalau hari biasa tak berapa nak free. Nanti kang baru nak sukat bahan anak dah nangis nak susu. Sebab tuh i malas nak bisnes jual kek nih.

Skang nih kat facebook sangat famous kisah kek keju leleh nih. Dari mula2 famous tuh dah berangan nak buat tapi tak kesampaian. Masa g kl ritu order ngan member. Hari nih baru terajin nak buat.

Kebetulan hari nih hari shopping barang dapur. Terus cari bahan2.

Bahan2 untuk sponge cake (kek span)
I nak mudah, cepat jimat masa i terus je beli sponge cake yg instant tuh tak payah banyak2 bahan. Cuma air, marjerin, telur. Ikut je method belakang kotak. Putar je macam biasa. 4 minit putar tepung, air, telur. Pastu 1 minit pukul dengan marjerin pulak. 5 minit je settle kan.

Bahan2 yg diputar selama 5 minit

Dah sebati semua bahan masukkan dalam loyang. Size loyang i tak tau. Yg pasti 4 segi sama.

Sponge cake sedang dibakar. Gebus gebas kek i. Oven i pun kelas je. Senang pakai oven nih kek masak sekata.

Tadaaaaa. Siap sudah kek i. Cantik kan.

Untuk cream cheese pulak i guna

Bahan2:
200ml susu pekat
100ml Whip cream
500gm cream cheese

50ml fresh milk

Cara membuat: 
Putarkan je semua bahan tuh hingga gebus gebas. Siap.


Kek dah settle. Cream cheese dah settle kita jadikan kek kita meleleh gitu.


I guna jem je nak layer pada kek.

Bawah sekali letak cream cheese. Layer yg kedua letak sponge cake yg dah dipotong tadi. Layer ketiga sapu jem. 

Layer keempat letakkan cream cheese. Dan begitulah seterusnya ulang2 hingga penus bekas.

Hadoi i ols salah beli cheese la. I bantai terambil mozarella cheese. Macam nak buat pizza pulak kan. Patutnya chedar cheese kan. I nak cepat tadi nampak macam sama je tak tengok label. Nasib ada penyelamat.
.
.
.
.
.
.
Bukak je fridge tengok ada nih. Penyelamat i. Cantik la sangat memandangkan i tersalah beli cheese. Dah terfikir nak tabur milo je tadi.

Nih la kek i buat. Alhamdulillah menjadi.

Not for sale hokay. Untuk makan sendiri je boleh la. Tak larat i nak buat. Penat kot kalau buat bisnes masak memasak nih
 Hasilnye kurang berbaloi dengan penat lagi. Ok la u ols selamat mencuba. Kek keju leleh orang pemalas ^_^

Post a Comment Blogger

  1. Kt blog mana ntah sy tgk dia kata lebih sedap guna Mozarella cheese nih dr cheddar cheese.. .

    ReplyDelete
  2. Yeke. Tapi sy rasa macam something wrong je. Hihi. Best cheddar lagi kot. Bagi sy la.

    ReplyDelete

 
Top