Nasi Ayam Hari Ibu - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 10 May 2014

Nasi Ayam Hari Ibu

As salam
Salam sejahtera

Hari nih i masak nasi ayam untuk lunch. Request by my sister. Sempena hari ibu la konon. Padahal semalam dah lunch nasi ayam beli kat kedai rm5 sebungkus.

Simple je nasi ayam buatan sendiri nih. Tak sama dengan yg kedai tuh. Best i punya lagi kot. Haha.

Jom try buat memang simple je.

Bawang putih
Bawang besar
Halia

3 3 bahan tadi blend je. Untuk nasi & sup

Nih bahan blend yg ditumis dengan sedikit marjerin. Tumis sampai garing la lebih kurang

Kicap + sos tiram. Untuk perap ayam.

Ayam nih rebus dulu tau. Dah siap rebus toskan kemudian gaul dengan kicap & sos tiram tadi. Perapkan sekejap je kalau malas nak tunggu. Kalau rajin dalam 1/2 jam ok la. Dah agak2 sebati tuh goreng dalam minyak banyak ye. Tak payah lama2 nanti hangus rentung. Ayam tuh pun dah masak sebab dah rebus kan.

Untuk sambal i tak buat sambal merah tuh i buat sambal kicap je. Just blend cili padi dengan kicap. Done.

Nih la rupa ayam yang diperap tadi selepas digoreng.

Ulam2 timun & tomato

Ulam salad. Salad nih beli yg jenis iceberg lettuce tau. Baru best.

Nasi pulak. Beras tuh cuci bersih2. Pastu toskan. Air pulak guna air rebusan ayam tadi. Tumis bawang, halia blend tadi dengan marjerin hingga garing. Kemudian masukkan dalam periuk. Letakkan sikit pewarna kuning nak bagi meriah sikit nasi kita kan. Masak dalam rice cooker. Done.

Mudah je kan. Tunggang terbalik resepi i. Haha. Ayam tuh boleh jugak perap dengan madu. Sebab tadi madu ilek maka tak letak la. Sup pulak macam sup biasa tuh je. Lupa pulak tadi nak snap picture.

Selamat mencuba.
^_^

No comments:

Post a Comment