Selamat Hari Ibu - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 10 May 2014

Selamat Hari Ibu

As salam
Salam sejahtera

Semua orang meraikan ibu mereka sempena hari ibu. Buat makan2. Potong kek. Ada jugak yg tak meraikan kata mereka haram sebab mengikut budaya kristian. Seronok tengok. Terpancar kegembiraan diriak wajah ibu mereka.

Actually tak perlu tunggu hari ibu setahun sekali baru kita nak raikan. Hari2 nak raikan pun takpe. Pengorbanan seorang ibu dari melahirkan hingga kita dibesarkan. Memang tak terbalas.

Tapi sayangnya sy tak sempat nak balas semua jasa2 mak. 4 jun 2010 mak pergi mengadap ilahi. Hanya doa mampu dikirimkan buat mak. Alfatihah buat ibunda tercinta Allahyarhamah Hajah Zainab Mat Zin.

2014 sy pun dah bergelar ibu kepada 2 orang cahayamata. Bila dah jadi ibu nih baru tau betapa susahnya menjadi seorang ibu. Besengkang mata nak besarkan anak. Bangun tengah2 malam untuk menyusukan anak. Belum kira kalau anak demam. Besengkang mata untuk menjaga anak ug merengek2. Ya Allah sangat besar pengorbanan ibu. Tapi ada je anak2 yg derhaka kat ibu2 mereka.

4 tahun jangkamasa yg sangat lama. Tapi ingatan kat mak takkan pernah luput. Terkilan sangat mak tak sempat tengok anak bongsu mak nikah. Cucu2 mak dah ada 2. Kalau mak ada mesti mak seronok. Kalau lah masa boleh diputar. Apakan daya Allah lebih sayangkan mak. Mak bahagia kat sana. Anak2 mak sentiasa doakan mak.


Tahun ke 2 menjadi seorang ibu. Alhamdulillah dapat tengok anak membesar depan mata terasa sangat bahagia. Semoga jadi ibu yg baik buat anak2. Tq encik suami belikan hadiah.


No comments:

Post a Comment