Cadangan Suplemen Untuk Kurus Ketika Raya - BLOG ROZIAH @ CIE

Friday 25 July 2014

Cadangan Suplemen Untuk Kurus Ketika Raya

As Salam. Salam Sejahtera.

Tak lama lagi nak raya dah kan. Tak sedar je masa sangat pantas berlalu. Rasa macam baru je lagi 1 Ramadhan. Sayu je rasa hati. 

Kalau time raya biasanya kita memang pulun makan macam-macam kan. Memang takde istilah diet la konon. Tanpa kita sedar yang kita semakin mengembang bagai dipam-pam kan. Time tuh jangan nak menangis sangat hokay. Mak tak dapat nak tolong.

Jadinya sediakan lah perisai kereta kebal untuk mengelak dari serangan lelemak degil tuh. Tanpa perlu berdiet bagai. Makan je jah apa kau mau makan. Makan pun dapat. Body pun dapat selim melim gitu. Meh ahkak cadangkan suplemen mana yang u ols boleh ambil untuk jadikan perisai. Untuk korang senyum lebar nanti kan.





Alfalfa Complex membantu menyingkirkan lemak & kolesterol. Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok, darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yg bertindak sebagai serat yg menyerap kolesterol. So sediakan lah alfalfa kalau nak makan makanan berlemak nanti ye. Alfalfa nih ada 2 saiz. Small dan large. Kalau yang small ada 330 biji dan yang large 700 biji. Bukan setakat untuk kurus je alfalfa nih. Banyak lagi fungsi lain jugak.




Cinch Shake membantu memelihara otot semasa menurunkan berat badan. Setiap hidangan 24gm protein membantu berasa puas & kenyang. So kalau minum cinch shake nih rasa kenyang je. Bila dah kenyang tuh nafsu nak makan tuh pun jadi kurang la jugak kan. Selamat dari menternak lelemak. Cinch shake nih ada 3 perisa. I dah pernah minum Chocolate dan Cafe Latte. Lagi 1 flavour vanilla belum pernah rasa. Tapi memang best. Pekat je tau. 1 canister nih tahan jugak sampai 2 bulan. 


Cinch Energy Tea Mix nih pulak sesuai juga untuk tingkatkan metabolisma seseorang. Cinch tea nih sangat elok diminum jika kita nak elak mengantuk. Kalau ada plan nak berjaga malam tuh minum 1 sachet confirm terkebil2 nanti. 1 box comel tuh ada 28 sticks so cukup la untuk sebulan minum. Tapi kalau nak jimat amik ketika perlu jela. 1 stick je sehari.


Coqhealth: kajian menunjukkan bahawa supplemen CoQ10 boleh mengurangkan berat badan dan ia telah dicadangkan bahawa CoQ10 boleh memberi manfaat dalam rawatan pesakit dengan sindrom keletihan kronik. So CoqHealth nih boleh membantu untuk mengurangkan berat badan. Sebotol ada 30 biji cukup untuk sebulan. Sehari sebiji.


Energizing Soy Protein: membantu merendahkan paras kolesterol. Memberi rasa kenyang dalam tempoh yg lebih lama. Sangat sesuai minum waktu pagi so memang akan kenyang sampai time lunch. 1 canister nih ada 850gm. Sehari minum 3 sudu sahaja. Tak boleh lebih tau.


OmegaGuard membantu merendahkan kolesterol, mengawal masalah obesiti. I makan nih sepanjang bulan puasa memang berat turun. Walaupun time berbuka makan tak hingat punya. Segala makanan yang ada nak makan. Kadang2 repeat lagi sebelum tidur. 1 botol ada 90 biji so tahan sebulan je nih I amik 3 biji sehari. Banyak lagi fungsi lain omega nih. Memang tak rugi kalau amik tau.


Lecithin menghalang obesiti. Mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yg seimbang. Bertindak sebagai "pembersih" salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi & metabolisma lemak, kolesterol & trigliserid didalam tubuh. Nih pun memang hot product kat shaklee. Pernah out of stock ritu lama jugak. Permintaan yang terlalu tinggi dari mereka yang nak kurus. Sebotol ada 180 biji. Sehari kena makan 6 biji memang ngam untuk sebulan.



Herb-lax: mengempiskan perut & mengurangkan penyerapan lemak. Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan. Kebiasaan kita amik herb-lax nih sebelum tidur 3 biji sekali amik selang sehari. Ada 120 biji so tahan la 2 bulan. Bagus nih sebab melawaskan. Makan malam pastu pagi esok confirm akan membuang. Mereka yang ada masalah sembelit memang sangat digalakkan untuk amik nih. Sangat melancarkan proses membuang anda.


Phytocol-ST: Kajian telah membuktikan bahawa bahan-bahan semula jadi yang dipanggil sterol dan stanol tumbuhan dalam pemakanan yang seimbang dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL dengan ketara. Sterol dan stanol wujud secara semula jadi dalam tumbuhan-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk bijirin. Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, sterol dan stanol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol untuk penyerapan dalam usus. Oleh itu, ia dapat mengurangkan paras kolesterol dalam tubuh dengan berkesan. Nih sangat cepat terlarut. 1/2 minit sebelum makan makanan berlemak tuh telan dulu 2 biji pastu makan jela segala macam lelemak yang ada. Tahan hingga 2 3 bulan jugak nih bergantung kepada pengambilan. Sebotol ada 120 biji.


Banyak kan produk untuk kuruskan badan. Tinggal kita jela nak amalkan atau tak. Kadang2 baru try makan sekali pastu terus stop dah camne la nak dapat berat badan menawan. Makan pulak belasah segala jenis makanan. Pastu salahkan suplemen. Padahal sendiri tak konsisten. Mak nak marah betul dengan orang camtuh. Kurus nak makan suplemen malas. Bersenam malas. Jaga pemakanan malas. Kalau camtuh lupakan jela nak kurus tuh. Tiap2 tahun azam nak kurus tapi usaha takde.

Kalau u ols nak tau lebih lanjut tentang produk boleh contact kita ye. Konsultasi percuma je u ols.

Whatsapp/wechat/telegram: 0129755310
INSTAGRAM: @syafiyahvitashoppe

Jangan segan silu tau. ^_^





No comments:

Post a Comment