Shaklee Menyumbang Kepada Israel - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 19 July 2014

Shaklee Menyumbang Kepada Israel

As salam. Salam sejahtera.

Eh betul ke shaklee menyumbang kepada israel?

Sekarang nih isu nih memang hangat diperkatakan oleh sesetengah makhluk Allah yang sangat peka kepada isu semasa. Bukan setakat sangat peka malah terlebih2 peka la pulak kan. Rimas mak tau. Hahaa.

Semua nih berpunca dari rakyat malaysia kan prihatin. Ntah camne la dorang boleh terjumpa 1 website yang jelas2 menyumbang kepada israel. Website tersebut ada tertera logo SHAKLEE. Maka rakyat yang prihatin nih terus menyebarkan berita kononnya sahih yang Shaklee telah menyumbangkan dana kepada israel untuk menentang gaza. Bijok2. I pun tak tau tapi bila kes nih tersebar ada la someone yang tag me kat facebook untuk dapatkan penjelasan. Boleh klik link nih untuk tengok --> KENESETH ISRAEL

Actually website tuh kepunyaan pengedar shaklee luar negara. Beliau memang menjual shaklee then menyumbang kepada israel. Macam i jual karipap mak esah pastu untung i dapat i sumbang kat sekian2 orang. Padahal mak esah tak tau apa pun sebab dia cuma keluarkan je karipap tuh. Yang menyumbangnya i bukan mak esah. Begitulah alkisahnya.

Ramai la konon nak boikot shaklee selepas mereka boikot mcd, nestle, kfc dan lain2 lagi.

Finally pada 18 Julai 2014 Shaklee Corporation telah mengeluarkan 1 kenyataan yang sangat jelas bagi yang bukan anti Shaklee. Bagi mereka yang anti shaklee pulak tak berdiam diri. Dikoreknya pulak katanya shaklee nih produk Amerika so kita banyak menyumbang kepada dana Amerika. Alahai diknon kau punya spender brand apa? Siapa yang keluarkan?

Tak paham betul dengan sikap orang sebegini. Banyak sangat masa dia kot. Tuh yang dia duk merepek kerepek je. Cubalah mengaji Al-Quran ke dapat gak pahala. Manusia nih lebih suka mencari dosa kot dari pahala.

Kita sedekahkan jela Al-Fatihah buat mereka yang anti shaklee tuh kan.

Doa serta Alfatihah buat mereka:
★yang beragama Islam yang terkorban dalam nahas 17 Julai 2014. MH17 ditembak oleh pengganas.
★saudara2 Islam kita di Gaza yang diserang oleh israel.
★rakyat Sabah yang diserang tentera Sulu.

Ya Allah lindungilah kami . Jauhkan kami dari sebarang ancaman. Amin.

No comments:

Post a Comment