Saturday, 16 August 2014

Bubur Nasi Carrot



As Salam
Salam Sejahtera

Mood hari cuti hujung minggu memang update blog je. Kekadang save kat draft dulu. Pastu baru post.

Hari nih ibu nak share dengan ibu2 diluar sana yang takde idea nak masak apa untuk si manja. Ibu pun main buat ikut idea yang mendatang je. Jenuh gak perah otak nak bagi Rania tak jemu nak makan.

Bahan-bahan
BUBUR NASI secukupnya
PURI CARROT secukupnya
Ikan Bilis bersih digoreng tanpa minyak
Isi ayam direbus

Cara Membuat:
1. Sediakan bubur nasi dan puri carrot terlebih dahulu. Cara menyediakan boleh klik BUBUR NASI & PURI CARROT.
2. Kisar ikan bilis yang telah digoreng didalam pengisar kering.
3. Kisar isi ayam yang telah direbus tadi didalam pengisar kering.
4. Letakkan 1 senduk bubur nasi yang telah dikisar ke dalam bekas makanan.
5. Masukkan 2 sudu besar puri carrot, 1 sudu kecil ikan bilis kisar atau 1 sudu kecil isi ayam kisar.
6. Siap kemudian simpan didalam freezer untuk dibekukan.

Senang kan boleh dapat 2 perisa. Bubur nasi carrot ikan bilis dan bubur nasi carrot ayam.
Sangat mudah. Apa lagi alasan seorang ibu taknak sediakan bubur nasi untuk anak2. Ada jugak yang terlampau malas hanya berikan nestum. Kesian anak.

Kesian anak2 kita perlukan makanan berkhasiat dari seorang ibu.

No comments:

Post a Comment