Kenapa Saya Tidak Memboikot Shaklee - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 20 August 2014

Kenapa Saya Tidak Memboikot Shaklee

As Salam
Salam Sejahtera

Tengah baring2 tiba2 macam terlintas nak ceritakan tentang kenapa saya tidak memboikot shaklee. Sedangkan ramai di luar sana sedang hangat memperkatakan tentang isu boikot shaklee nih.

Saya pun hairan kenapa mereka nak boikot shaklee sedangkan shaklee tak terlibat langsung membantu menyumbang dana kepada israel untuk memusnahkan penduduk islam di gaza. Mungkin perkara ini terjadi disebabkan suplemen shaklee bukan produk malaysia.

3 kali pihak pengurusan shaklee mengeluarkan kenyataan rasmi menyangkal segala desas desus tersebut tetapi masih ada yang tidak berpuas hati.

Saya cukup hairan dengan rakyat malaysia nih. Suka mempercayai khabar angin dari perkara sebenar. Kalau nak boikot biarlah berilmu. Boikot produk yang betul2 menyumbang kepada israel.

Kat playstore ada application untuk kita semak bar code. Pergi kat playstore pastu taip 'buycott' dan install. So kita boleh scan any produk punya bar code untuk sahkan produk tersebut perlu diboikot atau tidak.

Isu Mcdonald's apa yang saya nampak rakyat malaysia memboikot dengan cara keganasan. Sticker mcdonald's yang masih ditampalkan pada kenderaan pun mereka pecahkan cermin kereta. Ada jugak yang menghina pekerja mcdonald's. Bukan setakat tuh je malah buat demonstrasi pulak didepan mcd. Masyaallah.

Agama kita tak pernah mengajar umatnya bersikap biadap. Melakukan keganasan. Seolah2 tiada beza pun anda mahupun israel. Menghukum orang yang tidak bersalah. Anda sendiri tidak jelas dengan makna sebenar BOIKOT.

Berbalik kepada produk shaklee. Saya memang yakin dengan produk shaklee. Saya mula menggunakan produk shaklee selepas melahirkan anak yang pertama sehingga kini. Saya melahirkan anak yang pertama melalui kaedah c-section (pembedahan). Pembedahan kecemasan disebabkan oleh masalah cord prolapse. Alhamdulillah luka pembedahan cepat sembuh. Semasa anak pertama berusia 8 bulan saya disahkan hamil anak yang kedua pula. Alhamdulillah anak yang kedua saya bersalin secara normal. Pun sama luka cepat sembuh serta badan sentiasa bertenaga.

Selain itu saya mengamalkan pengambilan ostematrix bagi masalah kaki yang mudah krem ketika tidur. Serta memudahkan proses pembuangan. Ostematrix juga menggantikan kalsium dimana saya memang tak gemar minum susu.

Alfalfa juga saya amalkan untuk masalah resdung serta keputihan. Alhamdulillah sangat membantu. Banyak lagi produk shaklee yang saya ambil. Shaklee collagen powder, vitamin c, vitamin e, herb-lax, b complex, vita-lea, cinch energy tea mix, cinch shake, energizing soy protein, garlic, omega guard, nutriferon, performance drink. Sebelum nih saya ambil vivix, advance joint healt tablet, lecithin, carotomax, GLA complex, meal shakes, peppermint ginger plus. Boleh kata semua produk shaklee saya dah rasa kecuali phytocol-st, CoQhealth Plus, DTX complex. Sebab saya yakin shaklee selamat untuk dimakan. Halal serta mendapat kelulusan KKM.

Saya juga yakin shaklee tidak akan menyokong mana2 kegiatan keganasan. Setelah saya menyertai shaklee baru saya sedar banyak amalan rohani yang saya tak pernah buat seperti Solat dhuha, solat taubat, solat tahajud yang tak pernah seumur hidup saya lakukan tapi dengan shaklee saya telah melakukannya. Ya Allah sungguh hebat perancangan mu Ya Allah. Sesungguhnya aku insan mu yang sangat lemah, yang sangat lalai, yang sangat tidak tahu. Shaklee merupakan perniagaan yang patuh syariah. Ramai jutawan muslimah lahir dari perniagaan shaklee.

Berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Shaklee.



Isu yang pertama dimana terdapat seorang pengedar Shaklee luar negara telah meletakkan logo korporat Shaklee didalam website dia yang bertajuk Keneseth Israel . Jadinya rakyat malaysia terus mengatakan yang Shaklee meyumbang kepada Israel. Tanpa siasatan terlebih dahulu. Maka shaklee mengeluarkan kenyataan mereka pada 18 Julai 2014 mengenai perkara tersebut. KI tuh adalah satu organisasi peribadi. Beliau menyumbang dari pendapatan hasil jualan shaklee beliau kepada Israel. Ini tidak sama sekali melibatkan shaklee. Macam kita lah beli karipap dari mak esah pastu kita jual semula karipap tuh dan dapat untung. Keuntungan yang kita dapat tuh kita sumbang kepada mana2 pertubuhan. Tidak melibatkan mak esah pun dalam sumbangan nih sebab kita sumbang menggunakan keuntungan kita sendiri. Sama macam kes KI nih dia menyumbang kepada israel menggunakan pendapatan dia. Bermakna bukan shaklee yang menyumbang.



Isu yang kedua berkenaan dengan sumber bekalan tomato/lycopene bagi salah satu produk shaklee iaitu carotomax. Ada yang mempertikaikan dan mengatakan sumber bekalan tersebut dari israel. Selagi lagi kenyataan dikeluarkan pada 6 Ogos 2014 oleh shaklee dan mereka menjelas kan bahawa  pihak shaklee tiada sebarang urusniaga, tiada sebarang pembelian bahan atau pembungkusan dari mana-mana syarikat dari israel mahupun palestine. 

Seterusnya timbul lagi 1 isu.


Isu yang ketiga timbul isu berkenaan hubungan shaklee dengan Ellie Wiesel foundation. Sekali lagi shaklee menjelaskan pada 8 Ogos 2014 mengenai perkara tersebut dan mereka tiada apa-apa hubungan dengan pertubuhan tersebut.

Sebelum itu tersebar dengan meluas artikel seorang doktor yang menjelaskan bahawa beliau memboikot shaklee. Bagi saya itu adalah pendapat peribadi beliau. Beliau rasa was2 dan ingin memboikot shaklee itu hak beliau. Tapi perlu diingat jika kita hendak memboikot janganlah menyebarkan perkara tidak benar tentang sesuatu perkara itu kelak kita akan dihitung di akhirat nanti. Kalau kita memboikot perkara yang benar takpe tapi jika sebaliknya.

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seseorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan."
~Surah al-Hujurat, ayat 6~

Harus diingat hidup kita didunia ini hanya sementara dan pinjaman sahaja. Bila2 masa Allah boleh ambil.
Harus diingat apa yang kita perolehi hari ini adalah pinjaman semata. Bila2 masa Allah boleh ambil.

Marilah kita muhasabah diri. Dekatkan diri pada sang pencipta. Hidup ini hanya sementara.

Lepas nih tak tau la isu apa pulak tentang shaklee. Produk yang dah bertapak lebih 50 tahun. Memang akan ada orang yang tidak senang dengan apa yang kita buat. Saya tetap tidak akan memboikot shaklee. Jadilah pengguna yang bijak. Kaji dulu sebelum sampaikan kepada orang lain. Mungkin diatas dunia kita akan rasa gembira tengok kejatuhan orang lain. Mungkin kita akan terlepas. Tapi diakhirat nanti takkan ada 1 pun penghitungan yang selamat.

*penulisan ini hanya pendapat peribadi saya sahaja. Tiada kaitan dengan sesiapa atau apa2 jua.

Pengguna dan Pengedar Shaklee Kuala Lipis

No comments:

Post a Comment