Kepak Ayam Madu dengan Sos Madu Manis - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 16 August 2014

Kepak Ayam Madu dengan Sos Madu Manis

As Salam
Salam Sejahtera

Alhamdulillah hari nih plan nak masak kepak ayam madu menjadi jugak. Bukan takat kepak ayam madu je dihidangkan tapi terhidang jugak la sos madu manis, nasi mentega (butter rice) dengan acar timun. Complete meal for lunch today.

Mood tesangat rajin itu lah jadinya. Resepi asal kepak ayam madu tuh ibu ambil dari facebook page RASA. So kalau nak tengok resepi asal tuh boleh klik SINI.

Jom tengok ibu punya resepi pulak.

Bahan-bahan:
7 ketul kepak ayam
4 biji bawang putih ditumbuk
3 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar madu
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
Sedikit lada sulah

Cara membuat:
1. Bersihkan ayam.
2. Gaulkan kesemua bahan kedalam ayam. Kacau sebati.
3. Perapkan selama lebih kurang 1 jam.
4. Bakar hingga masak.

Untuk buat sos pulak just gunakan lebihan perapan ayam tadi je. Sebab ada lebih tuhla menjadi sos. Nak buang sayang. Guna jela untuk sos.

Bahan-bahan:
1/3 biji bawang besar potong halus
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar mentega
Lebihan sos perapan ayam
Sedikit air

Cara membuat:
1. Panaskan mentega didalam kuali kemudian tumiskan bawang besar.
2. Setelah bawang kekuningan masukkan tepung gandum. Kacau.
3. Masukkan lebihan sos perapan tadi. Kacau hingga tak berketul. Tambahkan sedikit air. Kacau lagi.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Senang je kan. Makan dengan nasi mentega & acar timun. Sedap u ols. Rugi kalau tak cuba. Selamat mencuba.
Ayam yang sedang diperap


Ayam selepas dibakar


Sos Madu Manis

4 comments: