Salam Sejahtera
1/2 peket makaroni (brand Kimball)
1 botol sos spageti cendawan (brand Kimball)
1/2 tin cendawan butang (Ayam brand)
1 keping dada ayam
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1/2 batang carrot (sayur lain pun boleh)
200 gm mozarella cheese (boleh letak lebih)
1 sudu butter (marjerin/olive oil pun boleh)
Sedikit lada sulah jika perlu
1 sudu butter
4 sudu tepung gandum
1 tin susu cair
atau
4 sudu susu tepung (bancuh dengan air 1 cawan)
1. Cincang bawang putih & bawang besar serta isi ayam. Hiris nipis cendawan butang. Carrot potong julienne. Rebus makaroni.
2. Panaskan butter kemudian tumiskan bawang besar & bawang putih hingga naik bau & layu.
3. Masukkan pula isi ayam. Kacau hingga masak. Kemudian masukkan cendawan butang & carrot. Kacau lagi hingga masak.
4. Masukkan sos spageti. Kacau rata kemudian perasakan dengan lada sulah. Setelah masak angkat & masukkan ke dalam bekas lain. Gaul rata dalam makaroni.
1. Cairkan butter kemudian masukkan tepung gandum (jadikan roux - untuk agen memekat). Kacau seketika kemudian masukkan susu cair atau bancuhan susu tepung.
2. Kacau hingga tidak berketul & pekat. Kalau tak pekat tambahkan sedikit lagi tepung gandum.
3. Setelah pekat angkat & masukkan dalam bekas.
macaroni - 200gm-250gm (setengah peket drp sepket...selalunye sepeket 400gm)
rebus dgn air + garam + minyak
utk sos prego
-bwg merah 1 biji
-bwg ptih 3 biji
-cili padi 5 biji ikut pedas masing2
tumis dgn minyak dan butter skit,,sy letak bay leaf sbb mmg ada kt rumah
-daging kisar sepeket (x silap 400g kot jenama ramly atau azmy)
*masak daging2 sehingga betul2 masak xde merah2..
-pastu tuang prego tradisional 1 tin...dan amik air rebusan pasta 1 tin guna tin prego tu tadi
-renihkan pastu letak oregano serbuk..beli kedai kek murah oregano tu dalam 2 sudu kecik. letak mushroom, letak carrot slice, or apa2 vege mcm cauliflower n broccoli
perasakan dengan garam dan siap..lets sy kuah awk tu cair, pekatkan guna tepung jagung sbb klu nak bakar ni kena pekatkan kuah tu..
Kuah Bechamel
500ml susu sair atau 2 cawan
3tbsp teepung gandum
3tbsp butter or marjerin
mula2 panaskan butter , bila cair letak tepung...pastu slow2 masuk susu sambil kacau smpai hilang ketul2...perasakan dengan garam dan lada sulah..klu nk best letak oregano skit...biar masak api slow smpai hilang rasa tepung...
SIIAAAPPP......pastu sebelum bakar gaulkan macaroni dengan sos daging td dan letak 1 senduk bechamel..gaul rata2..masuk dalm dulang pembakar...pastu atas sekali curah bechamel (make sure behcamel pekat, klu xpekat tambah roux lg.,..)..letak cheese mozarella, drizzle olive oil n serbuk parsley (kedai kek, xsilap kt lipis ada pui fatt, situ murah herba2 mereka) n bakar.....yg penting seasoning ye semasa memasak tu..ok gucluck....
2 Comments
pergh mengancam resepi macaroni :D kalau tak de oven, nak pakai apa ae?
ReplyDeleteTry pakai rice cooker. Kalau takde jugak atas dapur gas pun boleh. Kita buat dia :)
Delete