Resepi Chocolate Bubble Rice - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 3 August 2014

Resepi Chocolate Bubble Rice

As Salam
Salam Sejahtera

Hujan lebat membasahi bumi. Kilat ribut petir semua ada. Anak2 syok tidur. Ada la masa ibu nak update blog. Kesian cik blog ibu nih besawang2 je lama sangat tak update. Ogos target 1 hari 1 entry. Tapi hari nih dah nak masuk 2 entry dah nih cover dari 1 haribulan. Hihu.

Ok berbalik pada tajuk entry ibu Resepi Chocolate Bubble Rice. So ibu nak share la cara nak buat. Sangat la senang. Memang kalau orang pemalas macam ibu sesuai sangat buat. Haha. Dah beranak pinak nih biskut pemalas jela ibu mampu buat. Biskut lain tak mampu nak buat. Betambah dengan perasaan kurang rajin tuh kan.

Sebenarnya Chocolate Bubble Rice nih tersangat la famous. Dorang letak dalam jar pastu curah je coklat. Nak makan just rendam dalam air panas nanti coklat tuh cair la. Tapi untuk makan terus masa raya tak perlu bubuh dalam jar. Meh ibu nak share sikit bahan-bahan dan cara buat. Sangat kacang rebus je.

Coklat masakan. Coklat nih ikut korang la nak guna brand apa. Ikut citarasa masing2. Belambak terjual di pasaran. Macam i guna nih jenama Beryl's. Tapi yang nih i salah beli white compund. Sepatutnya dark compound. Mana tak salah nya packaging sama je cuma ada tulis kat plastik tuh tapi mana la i nak perasan main rembat je kan. Sudah nya kena beli coklat lain pulak. Jadi jugak kalau pakai white compound nih tapi tak menarik la.

Yang nih baru betul. Dah tak pergi bakery shop tuh sudah nya beli kat mini market jela janji namanya cooking chocolate atau coklat masakan tetap jadi jugak.

Nih la bubble rice tuh. Macam bertih je rupanya. Crispy rice namanya. Cari je kat kedai bakery memang ada jual. Ada sesetengah tempat tuh jual dalam kotak Kellorg's ke entah namanya tak reti eja. Anak beranak cocoa crunch tuh jugak. Ibu beli nih kat bakery shop. Murah je konon beli sekilo takut tak cukup. Berlebih2 pulak untuk raya haji nanti boleh lagi buat. Huhu. Tak reti nak budget.

Yang nih pulak minyak jagung (corn oil). Merata ceruk ada nih tapi kat kedai basikal takdela ye. Huhu. Tujuan letak minyak jagung nih nak bagi kilat sikit. Guna sikit je.

Nih pulak kaedah 'double boiler' yang mana ramai sangat orang tak tau nak buat. Double boiler nih kena guna 2 bekas. 1 bekas untuk letak air. 1 lagi untuk letak coklat. Yang berisi air tuh dah tentu duduk atas api. Yang ada coklat tuh duduk diatas yang ada air tadi pastu bermula la episod mencairkan coklat. Ada gak sesetengah yang guna rice cooker kata dorang jadi. Kita pun tak tau jadi ke tak pernah cuba.

Begini lah rupa white compund tersalah beli tuh kena la campur dengan dark chocolate bagi nampak tak warna putih sangat. Tetap menjadi jangan risau kalau ada sesiapa yang tersalah beli macam ibu. Haha.

Bila coklat dah cair pastu masukkan sedikiy je minyak jagung. Satu penutup botol pun dah ok. Letak jela bubble rice tuh dalam bekas berisi coklat tadi pastu gaul sebati. Bila dah sebati tuh sudukan dalam paper cup yang kecik tuh. Pastu tabur chocolate rice yang warna warni aidilfitri tuh. Pastu dah siap sedia untuk dimakan. Sampai 2x kena buat. Ramai sangat orang suka makan. Budak2 suka. Orang dewasa pun suka.

Sekejap je dah siap. Sedap 

Selamat mencuba ^_^

5 comments:

  1. Slm semua
    Kami ada menawarkan pembelian coklat cadbury secara borong dengan packaging dlm botol. 1 botol 4kg rm45.
    Kami juga menjual pelbagai jenis jar/botol kaca untuk perniagaan anda.

    Sila email : norfadzilahmdehwan@yahoo.com
    No tel/wassap : 01112751602

    Untuk sebarang pertanyaan

    ReplyDelete
  2. sedap ni tambah2 makan masa tengok tv..hehe

    ReplyDelete
  3. Sedap ni makan buat kudap-kudap :)

    ReplyDelete
  4. ibu, nk tnye.. buble rice tu hrge mcm mna ye ? nk survey hrge sblum g beli. eheheh

    ReplyDelete