Chicken Sandwich - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 14 September 2014

Chicken Sandwich

As salam. 
Salam sejahtera.

Plan awal nak buat untuk birthday kakak. Tapi disebabkan dah banyak makanan so cancel. Tukar buat breakfast hari nih. Dah lama tak makan chicken sandwich.

Jom Cie tunjukkan bahan dan cara buat. Sangat lah senang. Tapi bahan menu kurang sihat. Hihi.

Bahan-bahan:

Isi ayam bahagian dada
Roti gardenia
Mayonis
Kobis bulat
Carrot
Lada sulah
Sos tomato
Sos tiram
Butter
*Sukatan agak2 jela ye

Roti gardenia nih Cie pakai yang Gardenia Jumbo. Banyak sikit dapat. Mayonis pulak Cie guna brand Lady's Choice. Sesaja je letak dalam bekas tuh sebab ce beli yang refill dalam plastik jimat sikit.

Cara Membuat:


Perap ayam bersama dengan sos tomato, sos tiram, lada sulah. Biarkan seketika. Kemudian panaskan sedikit buttercup ke dalam non stick pan kemudian masukkan isi ayam yang telah diperap tadi. Panggang seketika. Balik2kan ye takut nanti hangus pulak.

Kobis bulat potong nipis2. Carrot pulak sangat guna penyagat so lebih halus compare kalau kita potong sendiri. Gaulkan dengan mayonis hingga sebati.


Yang nih pulak isi ayam yang telah dicarik2 atau disiat2 atau dipotong2. Cie potong guna pisau pemotong roti tuh yang jadi macam disiat2 tuh. Tak kisah camne pun yang penting halus2 je.

Susun roti pastu letak coleslaw dan ratakan.



Langkah seterusnya susun ayam diatas roti tadi. Tak kisah banyak mana. Lagi banyak lagi sedap.



Tadaaaaa. Siap dah chicken sandwich I. Siap potong dah.



Buat sehingga habis 1 jumbo roll tuh. Banyak la jugak dapat. 

Boleh jugak tukar kepada sardin, sosej atau apa2 sahaja mengikut kegemaran anda. Nak letak cheese pun boleh.

Senang je kan. Selamat mencuba^_^

Jom add Cie kat facebook: Roziah Muhammad Nor
Sudi2 lah like page Cie: Syafiyah Vita Shoppe
Follow la instagram Cie: syafiyahvitashoppe



No comments:

Post a Comment