2
As. Salam. Salam Sejahtera

Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak buat potato fritters petang tadi. Dari minggu lepas konon-konon nak buat tapi tak jadi sebab daun bawang takde. Petang tadi pun takde jugak tapi belasah je letak bahan apa yang ada je nak test punya pasal.

Ok jom Cie share bahan-bahan dan cara nak membuat potato fritters nih. Mudah je sebenarnya kalau rajin. Hihihi.


BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMBUAT:

Kentang dalam 2 3 biji je. Tengok la banyak mana nak buat. Cie nih guna 2 biji tapi agak besar jugak la. Cuci bersih-bersih sebelum dibuang kulit. Lepas dah buang kulit tuh baru lah sagat. Jadilah macam dalam gambar tuh. 


Nih pulak carrot. Carrot nih Cie sagat jugak. Sesaja tambah carrot. Resepi asal takde carrot.

Dah settle sagat kentang & carrot tadi gaulkan sebati sesambil tabur garam & lada sulah. Kacau sebati.

Dah sebati masukkan pulak 4 sudu besar tepung jagung.

Masukkan tepung gandum 4 sudu besar. Kacau rata.

Nih la rupanya bila dah kacau dengan tepung. Kelihatan seperti coleslaw la pulak kan. Hihi

Tambahan resepi Cie letak ikan bilis sikit. Nampak macam suram je tadi. 

Taraaaaaa. Akhirnya Potato Fritters sudah berjaya ku buat. Takdela susah mana pun.

Setelah ku amati bahan-bahan tuh rasanya boleh dipelbagaikan lagi. Boleh letak udang, bawang besar, daun kucai, taugeh, cheese, daun kucai, cili merah & banyak lagi bahan-bahan lain yang sesuai. Tapi memang best la. Tak guna air pun macam kita buat cekodok tuh kan. Air dari kentang tuh dah berfungsi sebagai pelekat bila dah campur dengan tepung. Selamat mencuba. ^_^


Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh MalaysiaRoziah Muhammad Nor
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: syafiyahvitashoppe
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)

Post a Comment Blogger

  1. aduhh ramai pulak tayang potato fritters ni...
    dah terngiang2 da..
    ari buat dah jadi jemput3 da kak
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Akak baru petang tadi try. Main belasah je. Rupa macam cekodok jugak. Hahaha.

      Delete

 
Top