Sunday, 12 October 2014

Ayam Kung Pao

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

AYAM KUNG PAO


Weekend adalah hari masak sedunia bagiku. Memang suka bebeno masak memasak nih. Ada je menu baru nak cuba. So try la masak ayam kung pao masakan cina.

Dulu masa kerja kat Jengka pernah la buat menu patient ayam kung pao nih. Tapi lain benau jadinya dorang masak.

Resepi kali nih i amik dari bestie i ahkak google. Tapi tak follow pun tak cukup bahan. Pakai je apa yang ada. Asalkan masak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang.

Jom kita tunjukkan cara nak masak.



BAHAN-BAHAN AYAM KUNG PAO


Bahan Perapan Ayam:

Ayam (ikut lah berapa orang nak makan)
Tepung jagung
Kicap cair

Bahan Kuah:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Brokoli
Carrot
Kicap Manis
Tepung jagung





CARA PERAP AYAM KUNG PAO

  1. Perapkan ayam yang telah dibersihkan dengan tapung jagung dan kicap cair. Perap sekejap je.
  2. Panaskan minyak kemudian gorengkan ayam perap tadi.
  3. Setelah masak angkat dan toskan. Ketepikan seketika.


CARA MEMASAK AYAM KUNG PAO

  1. Mayang bawang putih dan bawang besar.
  2. Potong brokoli dan carrot.
  3. Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  4. Masukkan Carrot dan brokoli. Biarkan seketika sampai empuk.
  5. Masukkan kicap manis, bancuhan tepung jagung. Kacau seketika hingga pekat.
  6. Setelah masak curahkan di atas ayam tadi. Sedia untuk dihidangkan.



Actually masak nih takde la resepi yang betul-betul. Semua boleh diubah ikut kesesuaian. Atas selera kita serta bahan-bahan yang ada untuk kita gunakan. So selamat mencuba. Jangan takut untuk mengubah resepi.


Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: syafiyahvitashoppe
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)

Atau boleh juga hubungi PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

No comments:

Post a Comment