Friday, 7 November 2014

Kalau Aku Kaya

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

NAK JADI KAYA

Semua orang mengimpikan untuk menjadi KAYA. Kaya dari segi harta mau pun apa jua. Memang semua orang nak kaya kan mana ada orang nak susah. Sama jugak la dengan Cie. Memang nak sangat jadi KAYA dan BERJAYA didunia mahupun diakhirat. Kalau kita kaya kita boleh membantu orang-orang yang didalam kesusahan.


Duit ringgit memang sangat penting. Kalau takde duit semua benda susah nak buat. Semua menggunakan duit. Even masuk tandas hancing pun rm0.30 kena caj tau. Dunia sekarang semua berharga. Semua guna duit. Apabila duit banyak jangan la kita salahgunakan duit tersebut. Gunakan sebaik mungkin. Agihkan kepada sesiapa yang memerlukan melalui sedekah mahupun zakat.



Rumah pun sangat penting untuk kemudahan kita berteduh. Kalau aku kaya mesti lah nak rumah besar dan selesa untuk seisi keluarga kan. Masa sekarang harga rumah kian melambung tinggi. Alhamdulillah rezeki Cie dah ada sebiji rumah yang Cie akan jadikan rumah sewa je. Insyaallah kalau ada rezeki lebih nanti buat rumah sendiri lebih jimat kot atau beli rumah yang lebih selesa untuk keluarga.


Kalau aku kaya mesti la nak pergi melancung kan selain dari menunaikan rukun islam ke Kota Mekah. Paris adalah destinasi percutian idaman yang Cie nak sangat pergi. Sejak dari kecil lagi memang sudah mengimpikan percutian ke Paris. Impian berbulan madu pun pernah la jugak berangan namun tak kesampaian. Insyaallah tak mustahil kan andai satu hari nanti rezeki Cie berpeluang berkunjung ke Paris.


Memasak memang kegemaran Cie. Sejak dari kecik memang minat memasak. Kalau aku kaya Cie mengimpikan sebuah cafe yang berkonsepkan kopitiam yang santai sesuai untuk semua golongan. Memang nak sangat buka sebuah cafe. Tapi bukan Cie la yang memasak. Cie akan upah orang untuk menjadi pekerja cafe. Secara tak langsung dah membuka peluang kepada mereka yang memerlukan pekerjaan.



Hati Cie nih sangat kecil kata orang. Mudah tersentuh tatkala melihat keadaan anak-anak yatim. Justeru itu kalau aku kaya Cie teringin sangat nak buka sebuah rumah anak-anak yatim. Bagi kemudahan yang selesa buat mereka. Yela mereka tiada sesiapa pun yang akan menjaga mereka, menguruskan hidup mereka. Apa lah salahnya jika kita mampu kita hulurkan bantuan. Besar pahala jika kita menjaga anak yatim dengan penuh kasih sayang.


Kalau aku kaya Cie nak sebuah pejabat sendiri. Nak kemudahan yang lengkap untuk kegunaan. Nih pun membuka peluang kepada orang lain untuk bekerja. Sudah semestinya Cie akan ambil pekerja untuk bekerja.


Kalau aku kaya nak jugak la beli kereta idaman. Mahal tau harga kereta nih. Cecah hampir satu juta. Macam tak percaya kalau dapat miliki tapi mana tau rezeki ku dapat memiliki. Alhamdulillah syukur la kan.


Sebenarnya banyak lagi senarai keinginan tapi kan mana boleh tamak. Duit yang banyak-banyak tuh boleh simpan untuk masa depan anak cucu cicit. Bestnya KALAU AKU KAYA. Insyaallah kalau sudah menjadi rezeki kita lambat atau cepat pasti milik kita juga. Kawan-kawan yang baca nih doakanlah Cie menjadi kaya ye. Nak kaya dunia serta akhirat. Nak kaya dan berjaya. Semoga impian ku tercapai. Amin.


2 comments:

  1. kaya sekadar nak habis hutang je pun. tak guna ada byk duit tp hutang keliling pinggang. hati still tak tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah banyak duit buat apa berhutang lagi. Niatkan kaya supaya dapat bantu lebih ramai orang. Bukan kaya untuk diri sendiri je. Insyaallah lebih diberkati.

      Delete