Kanser Serviks Atau Barah Pangkal Rahim - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 16 November 2014

Kanser Serviks Atau Barah Pangkal Rahim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

KANSER PANGKAL RAHIM


Sebagai wanita betapa pentingnya rahim kepada kita. Kalau tiada rahim macam mana nak mengandung kan. Cie nak kongsikan serba sedikit mengenai kanser serviks. Amat penting buat kita sebagai wanita.



APA ITU KANSER SERVIKS?

Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai kanser serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia.



Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ). Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin ( genital wart )).

Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah.

BAGAIMANA BARAH PANGKAL RAHIM MEMBENTUK?

Dalam barah pangkal rahim, sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.

APAKAH TANDA-TANDA GEJALA BARAH PANGKAL RAHIM?

  • Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
  • Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
  • Perdarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks. 
  • Sebarang perdarahan pada faraj selepas putus haid.

Di Amerika Syarikat, barah pangkal rahim membunuh 3,870 wanita setiap tahun dan 300,000 di seluruh dunia, kebanyakkannya diakibatkan oleh virus human papilloma yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin.

Untuk info lanjut boleh baca kat WIKIPEDIA

Penting bagi kita untuk memahami mengenai kanser ini. Jika terdapat tanda-tanda sedemikian segera berjumpa doktor untuk pengesahan dan rawatan awal.

0129755310

No comments:

Post a Comment