Kesan Obesiti Terhadap Kesihatan - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 23 November 2014

Kesan Obesiti Terhadap Kesihatan

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

OBESITI

Obesiti merupakan lemak berlebihan yang terkumpul dan menimbun didalam badan seseorang. Obesiti juga boleh dikelaskan sebagai satu penyakit dimana ianya terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan.

kesan obesiti terhadap diri
Obesiti

Lebih berbahaya lagi obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ didalam badan dan akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain itu penghidap obesiti akan menghadkan kegiatan fizikal dan sosial mereka menyebabkan jangka hayat mereka juga semakin pendek.

ADAKAH ANDA TERGOLONG DIDALAM GOLONGAN OBESITI???

Huish memang ngeri. Cie memang seriau sikit bab-bab berat badan nih. Pernah cecah 60kg pun rasa takut dan seram. Tak keruan rasa. Kalau obesiti rasanya tak keluar rumah. Serius kita akan rasa rendah diri sangat.

KESAN TERHADAP MEREKA YANG MENGHIDAPI OBESITI

KESIHATAN

Berat badan yang berlebihan boleh mengundang pelbagai penyakit seperti serangan jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetes, gout, kolesterol dan bermacam-macam jenis penyakit lain.

EMOSI TIDAK STABIL

Mereka yang mengalami masalah obesiti mempunyai kecenderungan untuk mengasingkan diri kerana berasa rendah diri untuk bergaul dengan masyarakat serta menganggap diri mereka tidak menarik serta tidak dapat menjalani kehidupan seperti mereka yang tiada masalah obesiti.

PERGERAKAN TERBATAS

Segala jenis aktiviti fizikal juga tidak dapat dilakukan. Lebih menyedihkan apabila pergerakan agak terbatas disebabkan oleh berat badan yang berlebihan.

pergerakan pengidap obesiti terbatas

CEGAH SEKARANG ATAU ANDA AKAN MENYESAL NANTI??

Mencegah itu lebih baik dari merawat.


Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: syafiyahvitashoppe
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)


Atau boleh juga hubungi PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

2 comments: