Friday, 14 November 2014

Matlamat 2020

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Setiap orang pasti punyai matlamat dalam hidup kan. Sama jugak la dengan Cie. Banyak matlamat yang ingin Cie capai sebelum tahun 2020. So ada masa lebih kurang 6 tahun lagi untuk Cie fokus dan pastikan tercapai.


Setiap matlamat perlu ditulis dengan jelas apa yang kita nak supaya kita jadikan sebagai push factor. Mesti kita dapatkan walau apa cara sekalipun. Angan-angan apabila ditulis akan menjadi impian.


Banyak matlamat Cie dalam Shaklee nih. Alhamdulillah Shaklee banyak membuka ruang dan peluang untuk Cie capai impian Cie.  Bukan sekelip mata dapat ye. Semua kena usaha dengan bersungguh-sungguh.

Bukan nak cakap kerja sekarang tak bagus. Alhamdulillah dapat jugak kerja nih tahun 2008 dulu. Tapi memandangkan keadaan ekonomi kita sekarang nih memang perlu dan dah sampai masanya kita tambahkan pendapatan. Alhamdulillah terjumpa shaklee. 

Seronok buat shaklee nih sebab sambil kita makan kita share kebaikan shaklee kat orang lain. Bukan semata-mata menjual tapi kita bantu orang lain pun sihat dengan izin Allah. 

Dari atas bercerita tentang impian kan. Apa impian Cie sebenarnya? Cie pernah tulis kat entry KALAU AKU KAYA. Kat situ tertulis segala impian yang Cie nak sangat capai. Banyak lagi impian tapi yang penting jela kita fokus kan.

Insyaallah kita pasti boleh capai dengan izin Allah.

No comments:

Post a Comment