Petua Rawat Demam Denggi - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 20 November 2014

Petua Rawat Demam Denggi

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Petua Merawat Demam Denggi

Seperti yang kita sedia maklum kalau dijangkiti demam denggi memang merbahaya. Ada sesetengah tuh sampai koma kat ICU. Kebiasaannya kalau masuk wad pun pihak hospital akan masukkan drip water sahaja.

Kita boleh juga merawat dengan petua semulajadi. Cie dapat petua nih dari rakan sekerja. Kebetulan duk bercerita tentang demam denggi dia pun cerita pengalaman merawat demam denggi dengan petua semulajadi.

Caranya mudah sahaja hanya menggunakan daun betik yang hijau dan segar sebanyak 2 helai. Cuci daun dengan air sehingga bersih. Ambil daun sahaja dan buangkan bahagian batang. 

Carikkan dan giling atau tumbuk daun betik sehingga lumat dan mengeluarkan sedikit air.

Perah jus tadi untuk dapatkan lebih kurang 2 sudu makan. Minum jus daun betik 2 kali sehari. Tak perlu tambah air dah sebab nakkan jus yang semulajadi dari daun betik tuh. 

Rasa memang pahit tapi insyaallah berkesan. Amalkan sehingga sembuh.

2 comments:

  1. saya ada satu cara lagi yg mudah... masaklah sup ketam... untuk si sakit tak perlu makan ketamnya.. air rebusan ketam yg jadi sup tu akan menaikkan bacaan platlet.. bila bacaaan dah naik, dia akan terus naik sampai stabil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul sup ketam juga boleh membantu. Tetapi sometime ada orang yang demam denggi tak lalu nak makan sup ketam.

      Delete