Tanda-Tanda Ovarian Cyst - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 24 November 2014

Tanda-Tanda Ovarian Cyst

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

OVARIAN CYST


APA ITU CYST

Cyst merupakan kantung tertutup yang mempunyai selaput tersendiri dan terasing dari bahagian tisu yang berhampiran.
Ia mungkin mengandungi udara, cecair atau bahan separa pepejal. Jika ia terbentuk adakalanya boleh hilang dengan sendiri atau melalui kaedah pembedahan.

tanda-tanda cyst

ADAKAH BERBAHAYA?

Ovarian Cyst tidak berbahaya dan mempunyai pelbagai tahap keseriusannya tetapi sedikit sebanyak boleh mengganggu kesuburan wanita.

TANDA-TANDA OVARIAN CYST

Seseorang yang mengalami masalah ovarian cyst adakalanya tidak menyedari akan tanda-tanda kehadiran cyst kerana setiap invidu berbeza serta kadang-kadang tiada langsung tanda-tanda.

Beberapa hari sebelum atau selepas haid kebanyakan wanita mengalami rasa sakit pada bahagian bawah perut.

Ada juga yang mengalami kitaran haid menjadi tidak menentu, kerap membuang air kecil, mempunyai masalah membuang air besar seperti sembelit terutama jika saiz cyst terlalu besar.

Tiada selera makan, susut berat badan, selalu mengalami keletihan juga merupakan tanda-tand lain ovarian cyst

Jika ada mengalami tanda-tanda tersebut segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

No comments:

Post a Comment