Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Bulan yang lepas encik hubby ajak pergi ICT SHAH ALAM. Bulan lepas pergi bulan nih baru nak cerita. Hahaa. Tapi takpe kan kot ada yang nak ke Shah Alam minggu nih.
Jumaat tuh dah konon duk survey hotel yang berdekatan. Mostly semua dah fully booking. Memang kira dah tak available. Dah la last minute lepas tuh weekend pulak kan. Sah-sah semua hotel pakat full. Kalau ada pun bilik yang harga tak terjangkau dek akal. Tak elok membazir kan. Hihihi.
Sabtu tuh encik hubby memang nak ke Cheras ambil barang cerato. Benda apa pun tak tau. Pasang kat bonet depan. Lantak la malas ambil tau. Dah settle urusan dia kat Cheras terus gerak ke Shah Alam.
Satu Shah Alam duk pusing cari hotel. Concorde, blue wave semua full. Ada satu hotel nih nama hotel De Art Boutique Shah Alam memang cantik tapi sayang semua bilik full. Yang tinggal bilik untuk single. Memang tak dapat la nak duduk bilik kecil sejak ada 4 beranak nih.
So google punya google jumpa la 1 hotel nih boleh tahan cantik. Harga pun tak la mahal.
|
Pandangan depan hotel |
Encik hubby dengan sepantas kilat pergi check in. Alhamdulillah rezeki kami 4 beranak dapat jugak Family Room ( 2 queen bed) dengan harga RM238. Ok la kan sebab dapat 2 katil queen plus dapat breakfast. Bilik pun besar. Best tau.
|
Coffee House nih gambar dalam website alami garden hotel. Masa Cie pergi tuh sebelah kiri ada buffet line. Kerusi pun warna hijau rasanya. Kami 4 beranak makan kat kawasan luar sebab kat dalam penuh masa nak breakfast tuh. |
|
Lobi pun ambil kat website hotel. Masa Cie datang hari tuh kat tangga tuh ada tambahan untuk laluan troli. |
|
Katil queen bilik depan tempat tidur kakak Raisha dengan babah |
|
Nih katil queen kat tempat tidur ibu dan adik Rania |
|
Bathroom ok cuma door memang takde lock. Betambah bahaya glass je dinding dan pintu bathroom. Kakak berapa kali intai ibu. Hahaa. |
|
Nih budak takut mandi. Eksyen je dengan towel tuh. |
|
Sangat besar mata ini budak. Hihi |
|
Budak paling busy. |
Overall tentang bilik tuh memuaskan. Takde almari cuma ada tempat sangkut baju kat dinding je. Coffee and tea facilities, kettle, safety box, fridge semua takde.
Sangat dicadangkan kepada yang bercadang nak ke Shah Alam. I think hotel nih baru sebab tuh semua facilities masih berkeadaan baik. Menu untuk breakfast pun tak banyak. Takde pilihan sangat.
For those yang berkenan nak stay kat situ boleh directly ke website
Alami Garden Hotel Shah Alam atau terus je terjah.
|
|
|
Address of alami garden hotel | |
alami garden hotel, Shah Alam
1-13, Block 1, Presint alami,
No.2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia. | Tel: +603-5518 1223
Fax: +603-5518 1226
E-mail:alamigardenhotel@yahoo.com |
|
No comments:
Post a Comment