Saturday, 10 January 2015

Coconut Shake dan Pisang Cheese Raub

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari nih misi ke bandar Raub dengan tujuan nak beli kain meter untuk buat sarung bantal anak-anak tapi ada tambahan misi. Kihkihkih.

Misi menternak lemak. Entahla Cie memang suka makan. Nampak apa je semua nak rasa. Tapi time mengandung takde pulak nafsu makan berleluasa. Time tak mengandung nih macam-macam nak makan. Mujur la kan kalau tidak kembang sekawah la. Haha.

Hari tuh lagi dah nampak bunting kat satu kedai jual pisang goreng nih. Pisang Cheese Che Ta & Che Tie katanya. Dah terfikir satu hari nanti nak try la pulak. Hari nih lalu je nampak lagi so apa lagi menyinggah la beli. Lokasi kedai nih belakang masjid besar Raub. Tepi jalan utama nak ke KL.

Nampak tuh encik suami ku sedang menunggu sambil cekak pinggang. Hihi

This is pisang cheese raub

Rasanya sedap jugak tapi kalau cheese dan coklat tuh letak banyak-banyak lagi sedap. Tapi ok la tak muak nak makan. Sebekas nih RM5 ada 12 ketul kalau tak silap.

Dah dapat pisang cheese kita cari coconut shake yang paling famous kat Raub nih. Selalu lalu je tak pernah la menyinggah. Kata orang sedap sangat so harus la cuba kan.

Nama kedai tuh tak sure sebab tadi parking jauh sikit so tak sempat nak snap gambar kedai. Kedai tuh macam kiosk je betul-betul kat depan kedai perabut satu baris dengan kedai kasut bata. Jalan apa nama pun tak sure. Kalau dari KL nak ke Lipis atau Kelantan mesti lalu situ sebelah kiri. Harga 1 plastic cup nih RM3.

Coconut shake Raub

Kalau berkunjung ke Raub try la pasti tak mengecewakan. Tak sia-sia la daku mencuba. Hihi. Hari nih memang hari makan sedunia betul. Lunch tadi makan nasi goreng USA. Dinner pulak sate dengan maggi goreng. Takpe cover balik dengan bantuan omega guard, lecithin dan alfalfa. Pembakar lemak paling berkesan. Tak ku lupa cinch tea ais. Fuhh lega rasa. 

4 comments:

  1. nampak sedap coconut shake tu..x penah try lagi .. :)

    p/s: saya follow back sini dan tq sebab singgah blog saya

    ReplyDelete
  2. Terus terliur tengok. Syoj utk hilangkan dahaga panas2 ni.

    ReplyDelete