Kerepek Kentang Bilis Kicap

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Hujung minggu yang rajin plan nak masak macam-macam. Sekali si anak dara kecil duk merengek-rengek baru baik demam. Entah apa tak kena asyik nangis je. Bawak berjalan baru ok sikit. Terbantut plan ibu nak masak. Dah puas berjalan baru balik. Plan tetap diteruskan. Resepi pertama hari nih.

Kerepek Kentang Bilis Kicap

Kerepek Kentang Goreng Kicap

Bahan-bahan Kerepek

7 biji kentang
1 sudu kecil kapur makan
1/2 besen air
1 mangkuk ikan bilis
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap manis
Minyak masak

Cara Membuat Kerepek Kentang:

1. Cuci bersih kentang.
2. Larutkan kapur makan ke dalam besen berisi air. Kacau rata.
3. Kupaskan kulit kentang kemudian sagatkan nipis-nipis ke dalam air kapur.
4. Rendam seketika dalam 10 minit.
5. Toskan kentang tadi.
6. Panaskan minyak kemudian goreng kentang tadi hingga keperangan. Angkat dan toskan. Ulang sehingga habis.
7. Gunakan minyak yang sama untuk menggoreng ikan bilis hingga garing.
8. Guna sedikit minyak yang sama kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis. Kacau seketika.
9. Masukkan kentang dan bilis. Kacau rata. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Siap. Senang je nak sediakan. Makan macam tuh pun best. Kalau makan dengan nasi lagi best. Nasi panas-panas mau bertambah nasi. Hihi.

Selamat mencuba ^_^




Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)


Atau boleh juga hubungi PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA
Share this article:

No comments:

Post a Comment