Sunday, 15 February 2015

Mini Zoo Kuala Lipis

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Siang tadi si kakak ikut mak dia ke Lipis so adik kena tinggal. Ibu malas nak keluar sebab dah plan nak masak. Lagipun adik baru nak pulih dari demam. Sekali si adik menangis tak henti-henti. Jenuh dah ibu pujuk tak jalan. Babah pujuk lagi tak jalan. So ibu decide jom keluar. Elok je naik kereta diam. Tidur atas bahu. Taknak tidur baring. Boleh tahan lenguh tangan ibu. Takpe janji diam.

Sampai je ke Lipis terus cari kakak. Kakak kat saloon mak gunting rambut. Ibu duk fikir mana la nak bawak budak-budak nih. Lipis nih bukan ada apa. Hari Ahad pulak tuh. Duk fikir-fikir tiba-tiba tinggg dapat idea. Ibu ajak pergi zoo. Nak bagi anak-anak mengenal binatang. Hihi.

Tak banyak pun binatang kat zoo tuh dah nama pun mini zoo kan. Boleh la dari takde. Masa ibu kecil-kecil dulu pernah dah datang. Masa tuh ibu tengok ada beruang tua. Pemalas beruang tuh dia lepak je. Hihi.

Bayaran masuk RM3 untuk dewasa. Kanak-kanak dibawah umur 10 tahun RM1 kot lupa dah. So masuk la kami 4 beranak dengan 2 orang anak buah. 4 orang jela bayar. Kakak dan adik free je.

Nampak keterujaan kakak tengok binatang. Adik relaks je muka takde perasaan tambah pulak tak sihat tuh. Tak banyak pun binatang yang ada. Yang ganas pun buaya je. Yang lain semua ala-ala manja. Lembu pun ada tau. Hahaha.

Nih jela binatang yang ada. Ada yang tak snap gambar pun.

Kakak nih memang tak suka pandang kamera. Tengok adik pun muka seposen je.

Kejap je masuk tak sampai sejam pun. Tak besar mana cuma kawasan berbukit. Ada tangga. So kalau datang ke Kuala Lipis nih tapi tak tau nak ke mana silalah berkunjung ke Mini Zoo Kuala Lipis. Boleh la cuci-cuci mata. Hihi.



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)


Atau boleh juga hubungi PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

No comments:

Post a Comment