Monday, 23 February 2015

Resepi Pasta Bakar Berkeju

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Pasta Bakar Berkeju

Sekian lama dapat oven hadiah kahwin dari kawan sekolah dulu baru hari nih nak rasmikan. Hihi. Tak pernah bukak pun sejak dapat. Bukak pembalut je. Alhamdulillah masih berfungsi dengan baik dan telah bekerjasama menyiapkan pasta bakar berkeju daku untuk breakfast hari nih.



Mudah je nak sediakan. Bagi ibu bekerjaya boleh sediakan bahan-bahan malam sebelum tuh simpan dalam peti sejuk so dah jimat masa. Awal pagi tinggal nak tumis dan bakar je. Jom Cie kongsikan resepi mudah untuk ibu-ibu sediakan.



Bahan-bahan Pasta Bakar Berkeju

100 gm pasta (ikut suka nak guna pasta jenis apa. Cie guna shell)
3/4 tin sup cendawan campbell
2 ulas bawang putih cincang
1/2 biji bawang besar cincang
20 gm isi ayam potong kecil
2 batang sosej potong bulat
4 biji cendawan butang
10 gm carrot potong ikut suka
10 gm bunga kobis potong kecil
10 gm brokoli potong kecil
1 biji telur dipukul
4 keping keju chesdale (boleh juga guna keju cheddar atau parmesan)
Sedikit mentega



Cara Membuat Pasta Bakar:

1. Rebuskan pasta sehingga masak kemudian ketepikan.

2. Panaskan mentega kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu. Kemudian masukkan carrot, bunga kobis dan brokoli. Biarkan sayur sedikit lembut.

3. Masukkan isi ayam dan kacau hingga masak.

4. Masukkan sosej dan cendawan butang. Kacau lagi.

5. Masukkan sup cendawan campbell dan sedikit air. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan pasta yang telah direbus tadi. Kacau rata. Tutup api.

6. Masukkan pasta ke dalam loyang pembakar. Ratakan. Curahkan telur. Akhir sekali letakkan keju di atas sekali.

7. Bakar pada suhu 150°c selama 12 minit.



Kalau buat banyak boleh susun lapis-lapis. Lapisan bawah pasta, telur, keju. Ulang lapisan sehingga habis. Sedia untuk dihidangkan. Anak-anak pasti suka. Selamat mencuba.



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)


Atau boleh juga hubungi PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

2 comments:

  1. sedapnyaaaa letak keju banyak2 XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah letak cheese banyak2. Makan panas2. Fuuhhh memang best =p~

      Delete