CUEPACS Cadang Umur Persaraan 62 Tahun

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Lately kecoh kat media sosial tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda untuk lanjutkan usia persaraan dari 60 tahun ke 62 tahun. Ramai yang melenting. Daku takdela melenting cuma kurang bersetuju dengan kenyataan tuh.



Bayangkan umur 62 tahun larat lagi ke nak pegang pen. Nak mengadap komputer pun tak berapa nak nampak kan. Daku nih umur persaraan wajib 58 tahun sebab masa tuh no choice memang kena pilih 58 tahun. Tapi bila kira 30 tahun service umur 55 tahun dah boleh pencen.

Tak larat la nak habiskan sisa-sisa hidup dengan buat kerja yang sama setiap hari. Baru kerja 3 4 tahun dah terasa bosan ini kan pulak nak kerja sampai umur 62 tahun. Tak la daku nak kerja sampai tua. Nanti silap-silap cucu pun dah tak kenal nenek.

Lagipun kalau simpan warga emas terlalu lama bagaimana pulak dengan adik-adik yang baru tamat pengajian. Terpaksa menunggu ada kekosongan jawatan mereka yang berpencen baru boleh mohon jawatan. Tak produktif dah apabila usia dah meningkat. Bagilah peluang kepada mereka yang masih muda dah masih banyak idea untuk membangunkan sesuatu organisasi.

Just my personal opinion.




Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)
Share this article:

No comments:

Post a Comment