Kelengkapan Ibu Menyusu Ketika Bercuti - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 20 March 2015

Kelengkapan Ibu Menyusu Ketika Bercuti

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Musim cuti sekolah pasti ramai merancang percutian bersama keluarga. Bagi yang mempunyai bayi yang masih menyusu badan sudah tentu ibu berkira-kira hendak pergi bercuti atau tidak. Mungkin menjadi dilema kepada ibu-ibu menyusu.



Kini dengan pelbagai kemudahan yang dikhas kan untuk ibu menyusu perjalanan jauh akan menjadi lebih mudah dan selesa biarpun si kecil merengek hendak menyusu. Ibu tidak perlu risau lagi. Terdapat pelbagai kelengkapan yang boleh disediakan dan digunakan oleh ibu-ibu supaya tidak mengganggu keselesaan ibu dan anak sepanjang perjalanan.

Antara kelengkapan yang perlu dibawa


  1. Baju menyusu
Kini ada pelbagai rekaan pakaian menyusu yang memudahkan ibu untuk menyusukan anak pada bila-bila masa. Pilih saja rekaan yang bersesuaian dengan diri anda dan jenis perjalanan yang akan dilakui. Apa pun pilihan fabrik kain kapas lebih selesa dan mudah dipakai.

  1. Bra menyusu
Mengapa perlu bersusah payah? Kini ada pelbagai rekaan bra menyusu yang memudahkan anda untuk menyusukan anak tanpa perlu berasa malu dilihat orang. Dengan hanya membuka kancing khas di bahagian aerola, ibu sudah boleh menyusukan anak.

  1. Pelindung penyusuan
Menyusu di tempat awam sering membuatkan ibu berasa tidak selesa. Tetapi kini tiada lagi kerana sudah ada pelbagai pilihan pelindung penyusuan yang boleh dipakai ketika ibu menyusu bayi di tempat awam. Ibu boleh menutup seluruh payu dara dan bayi ketika sedang disusukan. Pilih pelindung yang diperbuat daripada kain kapas supaya ia tetap memberikan pengaliran udara yang selesa kepada bayi.

  1. Bantal menyusu
Untuk memberikan rasa selesa ketika menyusukan bayi dalam perjalanan, bawalah bantal menyusu. Ia boleh mengurangkan rasa lenguh tangan kerana perlu menampung berat kepala bayi.

  1. Banyak minum air masak
Perbanyakkan minum air masak supaya ibu tidak mengalami dehidrasi selain membantu pengeluaran susu ibu. Ibu mesti menjaga kesihatan diri dan stamina agar terus bertenaga. Makan banyak makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Rehat dan makan yang cukup membantu anda terus boleh menyusukan anak biarpun sibuk berliburan.

Mudah kan sekarang semua ada dijual dikedai mahupun secara online. Teringat dulu zaman menyusukan anak-anak. Memang lengkap segala kemudahan untuk penyusuan tapi malangnya tidak berjaya. Tak ada rezeki untuk menyusukan mereka sehingga 2 tahun.





Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

No comments:

Post a Comment