Pentingnya Jadual Mengepam Susu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pentingnya Jadual Mengepam Susu


Aktiviti penyusan bayi adalah perkara semulajadi tetapi ianya bukan sesuatu yang mudah jika tidak mengetahui teknik penyusuan yang betul. Tanpa ilmu dan pengetahuan yang mendalam tentang penyusuan maka misi penyusuan secara eksklusif sehingga anak mencapai usia dua tahun sukar untuk dicapai. Penyusuan bukan hanya tertumpu kepada si ibu memasukkan puting payu dara ke dalam mulut bayi tetapi melibatkan emosi ibu serta interaksi anak dengan ibu.

Aktiviti penyusan bayi adalah perkara semulajadi tetapi ianya bukan sesuatu yang mudah jika tidak mengetahui teknik penyusuan yang betul. Tanpa ilmu dan pengetahuan yang mendalam tentang penyusuan maka misi penyusuan secara eksklusif sehingga anak mencapai usia dua tahun sukar untuk dicapai. Penyusuan bukan hanya tertumpu kepada si ibu memasukkan puting payu dara ke dalam mulut bayi tetapi melibatkan emosi ibu serta interaksi anak dengan ibu.
Gambar ihsan majalah PA&MA online



Pelbagai rintangan dan cabaran yang akan ditempuhi sepanjang proses penyusuan. Ibu perlu mempersiapkan diri dengan tips dan ilmu supaya segala cabaran dan dugaan dapat ditempuhi dengan mudah demi meneruskan usaha menyusukan anak sehingga berusia dua tahun.

Tugas mengepam susu adalah sebahagian daripada rutin wajib yang mesti dilakukan oleh ibu menyusu terutamanya jika ibu bekerja. Tahukah anda bahawa jadual mengepam susu secara konsisten membantu mengekalkan pengeluaran susu kerana bertepatan dengan konsep 'deman and supply'

Ibu bekerja terpaksa meninggalkan anak selama 8 jam atau lebih sehari ketika keluar bekerja namun jika jadual mengepam tidak konsisten sudah tentu penghasilan susu akan semakin berkurangan. Ibu perlu menghantar isyarat ke otak bagi mengekalkan momentum susu agar sentiasa dihasilkan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah jadual mengepam yang konsisten. Yang penting perlu berdisiplin dan jangan sesekali culas.

Waktu mengepam perlu dilakukan mengikut jarak masa bayi menyusu. Seawal usia bayi 2 bulan biasanya tempoh menyusu hanya 2 jam sekali dan akan terus meningkat mengikut peningkatan usianya. Ibu perlu tetapkan masa mengepam yang sama setiap hari supaya otak ibu sudah terbiasa menghantar isyarat penghasilan susu dan ibu juga tidak mudah terlupa untuk mengepam.

Contoh sesi mengepam yang boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu:
Sesi 1: 9 pagi
Sesi 2: 12 tengahari
Sesi 3: 3 petang
Sesi 4: 6 petang

Info penting yang ibu-ibu perlu ketahui. Tidak kira sama ada payu dara bengkak atau tidak ibu wajib mengepam susu mengikut jadual secara konsisten. Ini adalah cara ibu merangsang kilang susu supaya sentiasa aktif walaupun payu dara tidak bengkak. Susu tetap akan keluar walaupun kita hanya mengepam 1 auns sahaja kerana yakinlah bahawa hasil yang diperolehi akan sentiasa cukup untuk keperluan anak kita. Yang penting ibu jangan stress dan sentiasa berfikiran positif.

Semoga jadual mengepam susu ini dapat membantu ibu-ibu meneruskan penyusuan sehingga anak berusia 2 tahun.


Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)
Share this article:

1 comment:

  1. memang penting ada jadual mengepam susu terutama ibu-ibu yang bekerja...supaya boss pula tidak menjeling...

    ReplyDelete