Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Bukan senang tau nak turunkan berat badan. Rasa tersangat malas nak diet sebab berat susah nak turun. Kalau turun pun sikit je. Bila makan lebih sikit je terus naik. Kalau tak diet takut bagai dipam-pam je badan. Dah macam tong air dah. Hahaaha. Lagipun apabila kita mempunyai berat badan yang berlebihan maka tersangat la mudah mendapat penyakit. Cie nak kongsikan 10 TIP UNTUK KURUSKAN BADAN PALING BERKESAN. Semoga dapat membantu.

10 Tip Kurus Paling Berkesan


Gambar sekadar hiasan



KURANGKAN SKALA MAKANAN

Yang nih ramai susah nak buat. Bayangkan biasa ambil 6 hidangan sehari. Tapi bila nak kurus kena kurangkan jadi 2 hingga 3 hidangan je sehari. Mampu? Mula-mula memang la rasa seksa tapi lama-lama pasti boleh.


HADKAN UNTUK MAKAN

Makanan pun kena kurangkan jumlah porsi. Biasa ambil seketul ayam besar ubah kepada ayam yang lebih kecil. Begitulah seterusnya. Kurangkan makanan berlemak, berminyak.


MINUM MINUMAN ‘SHAKE’

Dicadangkan untuk mengambil minuman 'shake' seperti CINCH SHAKE MIX kerana ia mengandungi protein bagi memberi rasa kenyang dan puas. So takde la asyik nak makan segala jenis makanan dan dapat mengelakkan kita dari mengambil makanan tinggi kalori.


BEKAL BUAH

Boleh bawa bekal buah ke pejabat. So kalau rasa nafsu makan dah datang cepat-cepat makan buah. Boleh mengelakkan daripada kita mengambil snek ringan yang tidak sihat.


BERUS GIGI SELEPAS MAKAN MALAM

Yang nih sangat membantu. Jenis Cie sebelum tidur memang gosok gigi. So selepas gosok gigi memang takkan makan lagi walaupun lapar. Sebab dah malas nak gosok gigi lagi dah.


ELAKKAN MAKANAN BERKALORI TINGGI

Elakkan daripada mengambil makanan yang berkalori tinggi seperti nasi lemak, makanan berlemak, makanan berminyak.


BERGAMBAR SEBELUM DIET

Sebelum memulakan langkah untuk berdiet, pastikan mengambil gambar yang menunjukkan bentuk badan supaya jika anda kehilangan semangat untuk meneruskan sesi diet anda bolehlah melihat semula gambar itu untuk memotivasikan diri.


PAKAI BAJU YANG AGAK KECIL

Sebagai langkah untuk memotivasikan diri pakailah pakaian yang agak kecil supaya anda tidak mengambil snek-snek yang membuatkan anda bertambah berat badan.


AIR CAMPURAN TIMUN

Cuba minum air yang dicampur timun apabila m erasa lapar dan ingin makan snek ringan kerana ia boleh membantu anda merasa sedikit kenyang.


HABISKAN MAKANAN

Pastikan makanan yang tidak habis dimakan terus disimpan didalam bekas makan. Jangan biarkan makanan terbuka supaya anda tidak memakan makanan itu berulang-ulang.


Mudah je kan tips nih. Tak dapat buat semua buat separuh pun dah memadai daripada tak buat langsung. Selamat mencuba. Jika inginkan konsultasi dari Cie tentang pengurusan berat badan jangan segan silu tau contact je.




Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)