Makanan Tingkatkan Hemoglobin - BLOG ROZIAH @ CIE

Friday 3 April 2015

Makanan Tingkatkan Hemoglobin

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.


Anemia

Ramai diantara kaum wanita hamil yang mempunyai masalah bacaan hemoglobin (Hb) rendah didalam sel darah merah atau lebih dikenali sebagai anemia. Hemoglobin merupakan molekul protin didalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peresaran darah ke tisu-tisu dalam badan. Apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) serta kurang tenaga. 




Anemia boleh dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11 gm/dl. Untuk mengatasi masalah anemia ialah melalui pengambilan suplemen untuk menambah darah serta mengambil makanan yang kaya dengan zat besi.

Suplemen yang bersesuaian untuk wanita hamil yang mempunyai masalah anemia ialah zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B. Suplemen tersebut penting kerana kandungan zat besi, B Complex dan asid folik sangat diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Suplemen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi. Anda boleh mengambil suplemen Shaklee SET IBU MENGANDUNG.

Seeloknya jika makan pil perlu di makan bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk kesan penyerapan yang optimum. Elakkan daripada minum air kopi, teh, minuman berkarbonat, minuman bercoklat atau bersusu serta minuman yang mengandungi kafien. Minuman-minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.

Jika ingin mengambil makanan yang mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi, pastikan ia diambil sekurang-kurangnya 2 jam selepas waktu makan atau selepas pengambilan suplemen zat besi.

Sumber makanan yang kaya dengan zat besi terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan.

Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi didalam hidangan harian seperti:


  1. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C seperti jambu batu, betik, mangga dan sayuran hijau.
  2. Minum jus buah-buahan.
  3. Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.
  4. Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam atau daging.




Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

No comments:

Post a Comment