Persediaan Suami Menghadapi Isteri Bersalin - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 2 April 2015

Persediaan Suami Menghadapi Isteri Bersalin

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Kebiasaan bakal ibu yang sibuk mahu menyiapkan persiapan diri sendiri serta bakal anak yang akan dilahirkan nanti. Bagaimana pula dengan bakal ayah? Apa yang sepatutnta dipersiapkan oleh bakal ayah supaya proses melahirkan anak tidak membuatnya menjadi panik.


Berikut dikongsikan beberapa tip yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada bakal ayah terutama jika baru pertama kali menyambut kelahiran anak.

Tanda Tarikh Jangkaan Isteri Bersalin


Pastikan anda telah menanda tarikh jangkaan bersalin isteri di kalender peribadi anda. Jangan buat-buat lupa atau sengaja tidak mengambil tahu tentang hal penting ini. Kini dengan pelbagai teknologi ‘peringatan’ yang ada dalam telefon pintar, bukan lagi alasan anda tidak ingat tarikh penting tersebut.  Buat awal senarai apa yang mesti dipersiapkan untuk menyambut kelahiran anak supaya anda tidak panik jika tiba-tiba isteri bersalin awal daripada tarikh jangkaannya.

Rancang Cuti


Rancang cuti kerja anda menjelang saat isteri bersalin. Ketahuilah yang isteri anda mahukan anda sentiasa ada di sisi untuk menemaninya sepanjang menjelang proses bersalin. Peruntukan cuti untuk menemankan isteri sebelum, semasa dan selepas bersalin (sekurang-kurangnya seminggu selepas bersalin).

Simpan Nombor Kecemasan


Bukan hanya isteri sahaja yang perlu menyimpan nombor-nombor kecemasan iaitu nombor telefon doktor dan hospital tempat melakukan pemeriksaan antenatal. Suami juga perlu menyimpannya supaya mudah digunakan tatkala kecemasan.

Mencari Pengasuh Bayi


Sebagai bakal papa, jangan serahkan tugas mencari pengasuh bayi kepada isteri sahaja. Tidak salah jika anda juga sama-sama mencari maklumat agar boleh saling berbincang mana yang terbaik untuk bayi anda. Sebaiknya bincangkan ia sebelum tarikh jangkaan bersalin isteri supaya anda sepakat membuat pemilihan.


Semoga tip ini dapat membantu bakal ayah membuat persiapan menyambut kelahiran permata hati.


Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

No comments:

Post a Comment