Homestay Di Presint 11 Putrajaya - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 4 May 2015

Homestay Di Presint 11 Putrajaya

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Baru-baru nih Cie sertai S2U Wellness Workshop anjuran S2U Families di Palm Garden Resort Putrajaya. So memang decide nak cari homestay memandangkan hotel di Putrajaya tuh semuanya mahal-mahal. Bagi Cie macam tak berbaloi pulak bayar mahal hanya nak tidur je kan. Husband pun carikan homestay.

So dapatlah kat Pangsapuri Putra Damai tingkat 4 di Presint 11. Lebih kurang 10 minit ke Palm Garden Resort. Takdela jauh sangat kan. Pangsapuri nih ok jugak cuma biasa lah bangunan dah agak lama jugak kot.

1 malam kami dikenakan bayaran RM130. Homestay tersebut ada 3 bilik tidur, 2 bilik air, sebuah dapur. Kemudahan lain disediakan televisyen, sofa, seterika, mesin basuh, pemanas air, cerek elektrik, pinggan mangkuk, dapur gas, peti ais. Bilik utama dan ruang tamu dilengkapi dengan alat penghawa dingin.

Selesa la jugak kalau nak datang bercuti bersama keluarga. 2 bilik dilengkapi katil queen dan bilik ketiga dilengkapi katil single. Dapur ada disediakan so boleh la memasak tapi kami tak memasak pun. 3 hari 2 malam je menginap  kat situ. 1 Mei check in sebelah petang. Petang 3 Mei dah check out.

Boleh call nombor tertera kalau nak menginap di sini

Bilik tidur utama

Anakku jakun tengok cermin besar. Kat rumah sendiri takde. Haha

Kakak teruja. Hihi. Ruang tamu.

Bilik tidur ketiga.

Ruang dapur

Keseluruhannya selesa la jugak menginap di situ. Cuma parking kereta agak susah sikit. Dobi, kedai runcit, taman permainan kanak-kanak terdapat di tingkat bawah sekali. Tak banyak gambar sempat Cie ambil. Nak tengok lebih jelas boleh tengok sendiri kat YOUTUBE HOMESTAY DI PRESINT 11 PUTRAJAYA.




Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

2 comments:

  1. Menarik..tq utk info..leh la try menginap kat sini nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Kalau ke sana nanti check in la situ ��

      Delete