Selamat Hari Pekerja 2015 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 1 May 2015

Selamat Hari Pekerja 2015

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

1 Mei setiap tahun merupakan Hari Pekerja di Malaysia dan sudah semestinya menjadi cuti umum. Tahun nih 1 Mei jatuh pada hari Jumaat so dapat la cuti lama sikit kan. Tuh yang syok. Hihi. Bulan 5 paling best sebab banyak cuti umum. Hari Pekerja, Hari Wesak, Hari Hol Negeri Pahang. 




Bertambah syok bagi Negeri Pahang sebab 5 Mei Kerajaan Negeri Pahang isytiharkan sebagai cuti sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin. 4 Mei memang cuti ganti untuk Hari Wesak pada 3 Mei yang jatuh pada hari Ahad. 7 Mei pulak Hari Hol Negeri Pahang. Cuma kena ambil cuti 5 Mei dan 8 Mei je.

Cuti panjang la nampaknya cuma tak best sebab husband tak cuti la dia kerja kat Putrajaya. Kesian dia. Hahaa. Daku bercuti-cutian dengan anak-anak jela nampaknya. Takpe ibu nak focus on Shaklee sale dah alang-alang cuti lama kan. Harap-harap anak-anak ibu sangat behave nanti. Biasa kalau ibu ada sangat banyak kerenah. Yelah sekali sekala nak bermanja dengan ibu kan.

Sempena hari pekerja nih daku mengharapkan akan menjadi seorang pekerja yang berdedikasi. Sedar tak sedar dah tahun ke tujuh bekerja sebagai Penolong Pegawai Penyediaan Makanan di Hospital Kuala Lipis. Jauh lagi perjalanan didalam Kementerian Kesihatan nih andai kata ada rezeki. Kalau takde rezeki maybe dah ke bidang lain pulak kan mana tau. Hihi. Tuhla pun harapan daku. Inginkan masa yang bebas bersama keluarga. Tak terikat dengan waktu kerja. Tak terikat bekerja dibawah arahan orang. Semoga impian daku menjadi kenyataan. Amin.




Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

No comments:

Post a Comment