Bahaya Tidur Selepas Sahur - BLOG ROZIAH @ CIE

Wednesday 24 June 2015

Bahaya Tidur Selepas Sahur

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Bulan puasa nih selalu selepas sahur sementara nak tunggu azan subuh mesti masing-masing lelapkan mata kan. Daku pun terkadang ada jugak terlelap sebab mengantuk tahap maksima dah kan. Tidur tak cukup bukan sebab bangun masak untuk sahur tapi bangun buatkan susu untuk sahur budak kenit Syafiyah Rania tuh. Kadang-kadang sejam sekali dia mintak susu. Tak ke rabak mata ibu. Hahaha. Rupa-rupanya bahaya tau tidur selepas sahur nih. Baru ku tau. Selama nih tak tau pun. Tapi mujur la daku tak makan nasi waktu sahur. Hanya minum Energizing Soy Protein je.

bahaya tidur selepas sahur

Bahaya Tidur Selepas Sahur

Jika kita tidur selepas sahur akan menyebabkan terjadinya refluks dimana ia bermula dari makanan yang belum pun sempat dicernakan oleh perut akan kembali semula menuju ke kerongkong. Ia berlaku disebabkan oleh daya graviti. Makanan akan mudah kembali ke kerongkong kerana kedudukannya lebih rendah dari perut. Refluks biasanya akan bermula dengan rasa pahit di mulut dan terasa panas di kerongkong. Kesan sampingan dari refluks nih akan menyebabkan kerongkong korang akan menjadi luka dan makanan yang masuk ke perut akan menjadi asid.

Antara sebab lain bahaya jika tidur selepas sahur ialah masalah kegemukkan. Yang nih paling ramai takut kan. Semua orang tak nak gemuk betul tak? So jangan la tidur selepas sahur. Makanan yang korang makan waktu sahur tuh belum sempat dicernakan lagi. Lagi-lagi kalau makan sahur makanan yang berlemak yang tinggi kandungan kalori. Macam mana kalori nak terbakar kalau tidur selepas makan kan.

Cara Elak Bahaya Tidur Selepas Sahur

Kalau mengantuk tahap gaban laut sangat tunggu la selepas 2 jam. Kenapa 2 jam? Dalam tempoh 2 jam nih makanan dah tercerna so korang boleh la lelapkan mata seketika. So lemak-lemak degil tak ada lah dapat berkumpul dengan meriah kat badan korang kan. Cara lain pulak tak perlu la makan dengan semewah-mewah masa sahur. Memadai dengan melapik perut sahaja. Kalau nak lagi kekal cergas bertenaga tanpa makan nasi pun boleh. Tengok seperti daku memang tak makan nasi pun masa sahur. Alhamdulillah cergas kekal bertenaga sehingga waktu berbuka. Nak tau tak apa rahsia daku kekal bertenaga?  


So please ye jangan tidur selepas sahur. Jangan zalimi diri sendiri ye :)


Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

2 comments: