2
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Hari nih birthday my husband tapi sayangnya husband i jauh dimata tapi dekat dihati. Hihi. Nak buat camne kan mencari rezeki. Takpe dah bagi hadiah hari tuh. Siap sorok dalam beg. Haha. Konon-konon husband tak perasan rupanya semalam dia dah cakap thank you. Alaahaiii tak menjadi surprise i tau.

Hadiah tuh beli last week. Beli online. Sampai pun last week. Masa tuh dah start cuti nak pergi kursus tuh. Mintak staff je ambilkan letak kat meja. Ahad baru ambil. Masa tuh duk fikir camne nak bagi. Kalau bagi terus by hand tak best la kan. Kat rumah memang ada gift box. Rasanya husband jugak bagi dulu. Haha. Bagi kat dia semula. Letak gift box dalam paper bag lepas tuh letak atas katil. Boleh pulak kakak naik atas katil 'ibu hadiah apa nih'. Hish budak nih. Cepat-cepat suruh kakak turun. Dalam hati mujur kakak tak tunjuk kat babah.

Sebelum husband gerak balik dia letak beg baju kat tepi almari. Lepas tuh dia duk melipat baju kat luar. Daku pun cepat-cepat tutup pintu letak dalam beg baju dia. Sumbat je harap-harap dia tak perasan. Malam tadi elok je dia whatsapp thank you muahmuah segala bagai sebab bagi hadiah. Alahai tak menjadi surprise. Hahaaa. Daku punya plan kalau dia tak sedar hadiah tuh dalam beg, dalam pukul 12 tengah malam nak suruh bukak beg. Sekali terlebih awal dah bukak. Huhu. Takpela janji dapat bagi hadiah.

Siap tulis kad tuh yang tak menahan. Dengan marker tak berapa nak ada ink. Hahaha


Tepat pukul 12 tengah malam whatsapp kat husband bukan main panjang ucapan. Tapi husband tak baca lagi. Pagi tadi baru dia baca. Hahaha. Kelakar pun ada. Apa ucapan daku untuk husband? Biarlah rahsia ;)

Semoga suamiku dipanjangkan usia, diberi keberkatan hidup, dimurahkan rezeki, dibahagiakan hidup, diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan. Terima kasih kerana menjadi seorang suami yang sangat bersabar dengan kerenah isterimu yang macam-macam nih. Hihi. Terima kasih juga kerana menyayangiku dan anak-anak, memberikan kebahagian kepada kami. Selamat Hari Lahir Suamiku.

Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

Post a Comment Blogger

 
Top