Tuesday, 16 June 2015

Lempeng Sos Coklat

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. 

Tak tau dah nak masak apa untuk bekal sarapan anak-anak. Tengok kat dapur ada tepung, serbuk coklat so menjadilah resepi Lempeng Sos Coklat. Senang je nak buat. Tak perlukan bahan yang banyak pun. Anak-anak pasti suka makan.





Bahan-bahan Lempeng

3 senduk tepung gandum
Secubit garam
Sedikit air
Mentega

Cara Membuat Lempeng

1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk kemudian masukkan secubit garam. Kacau.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Agak-agak jela supaya tidak terlalu pekat dan cair.
3. Panaskan kuali kemudian masukkan sedikit mentega. Boleh juga guna marjerin.
4. Masukkan 1 senduk adunan lempeng, ratakan dan leperkan.
5. Terbalikkan jika sudah masak.
6. Ulang proses hingga selesai.


Bahan-bahan Sos Coklat

1 sudu besar serbuk coklat
3 sudu besar susu tepung
1 sudu besar Meal Shakes
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
Sedikit air panas

Cara Membuat Sos Coklat

1. Campurkan ke semua bahan dan kacau hingga sebati. 


Bila lempeng dah siap. Sapukan sos coklat di atas lempeng dan potong mengikut suka. Boleh juga dicicah. Mengikut citarasa masing-masing. Cie sapukan pada lempeng kemudian gulung macam kuih ketayap lepas tuh potong je. Senang anak-anak nak makan. Bukan anak je mak anak sekali makan. Hihihi. Selamat mencuba ^_^


Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

2 comments:

  1. wahhh macam menarik ni, baru pertama kali dengar tentang lempeng sos coklat, bolehlah cuba juga ni...

    ReplyDelete
  2. oh macam tu je ke buat nya hahahaha.. senang betul! lepas ni boleh try

    ReplyDelete