Balik kerja semalam tiba-tiba terlebih rajin maka terjadilah Sandwich Telur nih setelah mendapat ilham selepas makan subway minggu lepas. Hihi. Cuma hari tu makan yang roasted chicken, yang Cie buat nih sandwich telur biasa je cuma teknik toast bread tu ala-ala la. Hihihi.
![]() |
Pinjam gambar kat Subway Malaysia |
Bahan-bahan Sandwich Telur
Cara Membuat Sandwich Telur
1. Potong kulit roti dan sapukan sedikit mentega di atas kesemua roti. Ketepikan.2. Pukul telur dan perasakan dengan garam.
3. Panaskan sedikit minyak dan goreng dadar. Setelah masak angkat dan potong kepada 4 bahagian.
4. Letak telur dadar tadi diatas kepingan roti, kemudian letak cheese yang telah dipotong 2.
5. Bakar seketika di dalam oven lebih kurang 3 minit atau sehingga keju chesdale cair.
6. Susun bahan-bahan lain tomato, timun dan salad lettuce di atas roti yang dibakar tadi. Letakkan sedikit mayonis.
7. Bakar bahagian roti lagi 4 keping selama lebih kurang 3 minit.
8. Kemudian tutupkan roti tersebut di atas roti tadi. Siap. Boleh dipotong mengikut citarasa.
Boleh juga digantikan dengan ayam atau bahan lain. Selamat mencuba ^_^
Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:
2 Comments
WAH, PON BOLE..JIMAT TUUUUU
ReplyDeletekita suka sandwich telur. kalo bosan, mmg melantak ni je la hehehe
ReplyDelete