Kerepek Kentang dan Tempe Pedas - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 5 July 2015

Kerepek Kentang dan Tempe Pedas

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Weekend je ada masa nak masak untuk berbuka. Dari bulan lepas kot nak masak kerepek kentang dengan tempe tuh. Beli tempe habis rosak jadi hitam sebab takde masa nak masak. So this week beli lagi tempe, kentang maka jadi lah apa seperti yang diidamkan. Hihi.

kerepek kentang dan tempe pedas


Resepi Kerepek Kentang dan Tempe Pedas

Bahan-bahan Kerepek Kentang dan Tempe Pedas

300 gm kentang
1 keping tempe
30 gm kacang tanah
50 gm ikan bilis
Sedikit garam
Minyak masak

Bahan-bahan Sambal

Yang nih actually Cie tak reti buat. Bukan lah tak reti tapi jarang-jarang buat. Memandangkan Kak Long dah sediakan cili kisar yang dah dimasak dalam peti so Cie guna jela. Bahan biasa je cili kering, bawang kot, minyak. Dia tumis siap-siap kemudian perasakan dengan garam dan gula. So bila nak guna senang terus tumis je kat dapur. Tak perlu letak minyak dah.

Cara Membuat Kerepek Kentang dan Tempe Pedas

1. Kupas kulit kentang kemudian sagat. Cie kupas kulit guna peeler so sagat terus je guna peeler. Sagat ke dalam bekas yang berisi air garam.
2. Dah settle sagat tuh biarkan seketika. Kemudian toskan. Biarkan air pada kentang kering sedikit. Sementara nak tunggu air kering tuh kan boleh buat benda lain dulu.
3. Potong tempe kecil-kecil.
4. Gorengkan kentang hingga masak. Kemudian ketepikan.
5. Gorengkan tempe hingga garing, kacang tanah digoreng hingga masak, ikan bilis digoreng hingga garing.
6. Dah settle goreng-goreng semua bahan tuh baru lah sesi menumis cili kering tuh.
7. Letak sesenduk kecil lebih kurang ke dalam kuali yang sudah dipanaskan. Kacau dalam 1 minit kemudian masukkan semua bahan goreng tadi kacau sebati. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.


Harap-harap kalau ada yang nak cuba tuh faham la ye resepi nih. Hihi. Senang je nak buat cuma kalau tak betul-betul masak kentang tuh tak sedap sebab tak rangup. Goreng sampai kentang rangup. Baru lah sedap lepas sira sambal. Kalau tak jadi lemau tak best. Selamat mencuba ye ^_^


Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

2 comments:

  1. lama tak buat..mentibe tengok entry ni rasa nak buat pulak kang.. hehe

    ReplyDelete