Lempeng Dan Sambal Hitam Pahang - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 30 August 2015

Lempeng Dan Sambal Hitam Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Petang tadi tengok anak-anak tidur terasa lapar pulak. Cergas bangun nak ke dapur. Dalam fikiran nak makan nasi sebab lunch tadi tak makan nasi. Tiba teringat kat sambal hitam yang buat dengan kak long tadi ada orang tempah terus tukar fikiran nak makan dengan lempeng. Bancuh jela lempeng senang je tak sampai 10 minit siap 4 keping. Tapi I makan sekeping je. Lagi syok ratah je sambal hitam tuh. 


Sambal hitam Pahang nih makan dengan apa pun sedap. Boleh dimakan dengan cekodok, lemang, pulut, roti, roti canai, bubur nasi, nasi putih, sup, nasi goreng, mee goreng dan banyak lagi la. Makan dengan tomyam pun best tadi makan malam. Pendek kata semua pun best.

Resepi asal sambal hitam Pahang nih hanya ikan bilis, bawang besar, cili padi dan belimbing buluh rebus. Tak perlu letak garam atau gula. Sambal nih dah rasa masin sebab belimbing rebus tuh telah direbus bersama garam. Hitam tuh pulak dari belimbing rebus yang direbus sampai hitam. Sekarang nih resepi nih telah diubahsuai menjadikan sambal nih dah hilang keasliannya. Ada yang letak kicap, kiub ikan bilis, garam, gula dan macam-macam versi la. Kami masih mengekalkan keaslian resepi asal.

Sesiapa yang pernah dah merasa keenakan sambal hitam nih pasti teringat je akan keenakan sambal nih. Kalau nak cuba boleh direct whatsapp atau wechat atau sms 0129755310. Harga sebekas 100gm hanya RM6. 

Kalau nak travelling tempat yang susah dapat makanan halal jangan risau boleh bawak sambal nih sekali. Kalau malas nak masak tuh makan sambal nih dengan nasi pun sedap. Tak payah lauk lain dah. Kadang-kadang tak sempat nak masak sibuk bekerja kan. Sambal hitam nih tahan lama sampai 3 bulan so takde masalah boleh disimpan dan dimakan pada bila-bila masa sahaja.

1 comment:

  1. waa... rindunya dekat sambal hitam mak CF. memang sedap kan sambal hitam. memang rugi sape yang tak makan tu. hihi

    ReplyDelete