Resepi Mee Goreng Mamak - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 23 August 2015

Resepi Mee Goreng Mamak

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.


Tak tau nak makan apa dinner tadi maka tercipta lah mee goreng mamak my own style. Asalnya nak buat mee ladna tapi tak jadi sebab nak try buat mee goreng mamak. Paling mudah disediakan. Guna bahan yang ada je.



MEE GORENG MAMAK



Resepi mee goreng mamak



BAHAN-BAHAN MEE GORENG MAMAK

1 peket mee kuning
1 ketul isi ayam dipotong kecil
1 batang sawi hijau dipotong
1/4 batang carrot dipotong
Sedikit bunga kobis
1/2 biji bawang besar dimayang
2 biji bawang putih diketuk
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
4 sudu kicap manis
2 biji telur dipukul sedikit
Sedikit minyak untuk menumis
1 biji limau nipis untuk hiasan
Sedikit bawang goreng untuk hiasan
Sedikit cili padi dan kicap cair untuk hiasan



CARA MEMBUAT MEE GORENG MAMAK

1. Panaskan kuali, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu. Masukkan carrot dan bunga kobis. Kacau seketika.

2. Masukkan isi ayam, sawi, sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis. Kacau seketika.

3. Masukkan mee kuning. Kacau seketika. Masukkan pula telur. Kacau rata.

4. Sedia untuk dihidangkan. 


Hias dengan cili padi potong dicampur dengan kicap cair. Taburkan dengan bawang goreng. Nak makan nanti baru perah limau. Jadilah mee goreng mamak my own style. Kalau betul-betul mee goreng mamak ada tauhu, kentang, cili besar. Boleh jugak hias dengan daun sup dan daun bawang. Senang je nak masak kalau rajin. Hihi. Selamat mencuba.



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

2 comments:

  1. slalunya mee goreng mamak de letak kacang

    ReplyDelete
  2. Terliurnya tengok. Lama dah tak makan mee goreng mamak.

    ReplyDelete