2
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Tetiba sedih pulak nak bertukar dari maxis ke celcom nih. Dah lama pakai maxis nih sejak tahun 2002 kalau tak silap. Masa tuh guna nombor lain. Dulu-dulu pakai prepaid. Masa tuh mana ada smartphone bagai nih so takdela guna internet. Sekarang bila dah teknologi makin maju nih memang perlu ada internet. Sebenarnya dulu pun pernah pakai celcom tapi sebagai secondary number jela sebab pakai 2 handphone. Rasa leceh pulak pakai banyak-banyak handphone so decide nak guna maxis je.





Maxis nih ambil pakej surf more plan yang commitment RM75 sebulan untuk 5gb internet. Awal-awal penggunaan siap ada banyak lagi quota bulanan sebelum cycle bill tapi sejak kebelakangan nih seminggu sebelum cycle bill maxis dah bagi sms kata dah guna 100% quota. Ok maybe sebab banyak guna update blog, blowalking. Tapi tuh jela yang banyak guna. Macam facebook, whatsapp tuh biasa jela penggunaan. Yang paling sakit hati bulan lepas 2 minggu je baru maxis refresh quota tiba-tiba dapat sms mengatakan dah guna 100%. Gilaaaaaa kan dalam masa 2 minggu 5gb habis. Akak godek apa la diknon kan. Terus rasa patah hati dengan maxis. Kita tatang dia bagaikan minyak yang penuh dia boleh pulak buat macam tuh kan. Memang terus nekad nak tukar kepada celcom. Harap-harap celcom dapat berkhidmat dengan baik. 

Peniaga online macam akak nih memang guna banyak internet so memang perlukan telco yang offer harga berpatutan. Kalau mahal sangat tak berbaloi pulak kan. Nak try celcom pulak. Tak tau la macam mana pulak kan. Telco lain coverage untuk internet tak berapa nak ada. Hanya maxis dan celcom je yang ada. Kalau celcom tak ok jugak nanti tak tau la kan.

Cie apply untuk tukar hari Selasa baru nih. Adik yang kerja kat celcom tuh cakap 'nanti akak dapat sms akak follow je arahan tuh nanti akak tukar je simcard celcom yang nih'. Kita pun tunggu la sejam, 2 jam, 3 jam sampai la malam celcom bagi sms kata reject then suruh call 1300111000. Gigih la Cie call then customer service kata 'oh bukan reject tuh puan tapi dalam process. puan tunggu nanti kami akan sms semula'. Kejadahnya bukan reject sedangkan jelas dah sms tuh kata 'RM0.00: Dear customer, your celcom port request has been rejected by your previous service provider. Please contact Celcom for further details @ 1300111000. TQ'. Tak lama lepas call tuh ada sms lain pulak mengatakan dah proses. Ok la lega la dah sikit.

Tunggu punya tunggu sehingga la pagi tadi takde sebarang berita. Cie call lagi no tuh then customer service tuh kata 'oh puan kena call maxis untuk check status sebab kena reject nih maybe puan ada kontrak atau sebagainya yang membuatkan kena reject. blablabla'. Fuhh pasaipa la celcom tak sms cakap reject. Call pulak maxis then maxis kata 'puan kena tunggu 7 hari bekerja baru bole resubmit sebab line kami ada masalah'. Pehhhh bila dikira-kira selepas 21 haribulan baru boleh resubmit. Kalau 21 haribulan dah start new cycle bill. Maknanya nanti kena bayar jugak full bill sedangkan tak guna sampai 13 haribulan seterusnya. Pandai taktik maxis nih ek. Geram tau. Nasib la hari nih Jumaat so tahap kesabaran tuh menebal lagi. Huhuhu. Kita tunggu 21 haribulan ye tengok apa kata mereka pula.





Post a Comment Blogger

 
Top